KEHADIRAN YANG DINANTIKAN - Nukilan Siswa siri 29 Edisi Ramadan

PAGI 15 SYAABAN, Aku merenung ke luar jendela melihat padang pasir yang indah, cuaca yang agak tenang, riuh rendah suara jiran tetangga membuatkan aku merasa agak gembira pada hari ini. Renunganku terhenti. Aku terfikir sejenak, aku melihat jam, aku melihat kalendar, aku melihat di sekelilingku. “ Ya Allah!!! Subhanallah!!! “ Aku menjerit dengan keadaan terharu, gembira, berdebar kerana aku baru teringat dalam 15 hari lagi, hari yang dinantikan akan tiba. Maka, aku berdoa : “ Allahumma bariklana fi Syaaban wa b alighna Ramadan”. (Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. Amiin) ……………………………………………………………………………………………………....... MASA BERDETIK, Alhamdulillah!!! 1 Ramadan. Aku dapat menjejakinya. Semoga dengan kehadiran yang ku nantikan ini, menjadi satu permulaan untuk aku menjadi lebih baik. ……………………………………………………………………………………………………….. Setiap orang pasti merasakan perasaan yang ber...