UJIAN KAYU UKUR ISTIQAMAH Nukilan Siswa Siri 27
Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155-157
yang bermaksud :
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” .
Mereka itulah yang mendapat keberkatan
yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang
yang mendapat petunjuk.
Ujian yang di berikan Allah bukan
semata-mata untuk menjatuhkan semangat seseorang hamba. Allah telah menyatakan secara jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri kemaafan kepada kami; ampunilah
kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami
terhadap kaum yang kafir."
Allah sesekali
tidak akan membebani seseorang hamba sesuai dengan kesanggupannya. Kita seorang
hamba perlu mengetahui bahawa setiap ujian yang Allah hadirkan pada kehidupan
tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan lagi tahap kesabaran dan juga
kedudukan hamba di sisi Allah. Tidak hairanlah baginda Rasulullah S.A.W
termasuk dalam kalangan Ulul Azmi.
Dewasa kini,
kita melihat pelbagai kecelaruan dan ketidak sefahaman walaupun di kalangan
sahabat yang seakidah dengan kita sendiri. Masing-masing beranggapan pendapat
sendiri yang betul, sedangkan kita ada sumber rujukan yang Baginda Rasulullah S.A.W
telah tinggalkan sebagai petunjuk kepada manusia khusus kepada umat Islam.
Mereka sanggup mendahulukan Maqasid Syari’yah berbanding al-Quran dan as-Sunnah.
al-Quran dilihat
sebagai satu sumber rujukan utama orang Islam, mereka berusaha menjauhkan orang
Islam dari al-Quran supaya kita di lihat terus lalai dari mengingatinya.
Terfikir di benak hati yang kadang menjentik hati kita sendiri, “ Agak-agak
kalau kita tiada peperiksaan di universiti adakah kita akan membaca buku bagi
setiap mata pelajaran khususnya aL-QURAN, sama-sama kita tanya diri
sendiri di tahap mana kita mengamalkan al-Quran itu sendiri di dalam kehidupan
seharian .
Di sini, suka
bagi saya mengajak sahabat-sahabat yang saya cinta kerana Allah, supaya koreksi
diri sebelum membuat suatu keputusan , takut setiap keputusan yang kita buat
ada secebis perasaan dendam terhadap sahabat seakidah dengan kita. Allah
merancang kita juga perlu merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah
perancangan Allah tetapi kita sebagai seorang hamba tidak boleh serah
semata-mata kepada takdir.
Kebenaran tanpa
sistem akan di hancurkan dengan kebatilan yang bersistem. Kalaulah orang bukan
Islam mampu untuk bersatu merancang untuk menjatuhkan Islam, kenapa kita tidak
? Saya tinggalkan persoalan ini kepada kita semua. Teringat hadis Rasulullah S.A.W
mafhumnya, “ sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W adakah umat pada ketika
itu bilangannya sedikit, lalu Rasulullah S.A.W menjawab, tidak bahkan umat Islam
pada ketika itu sangat ramai seperti buih di lautan”.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh:
Mohd Azwan bin Abdull Aziz
Penasihat BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Disediakan oleh:
Mohd Azwan bin Abdull Aziz
Penasihat BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan