Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKASM

Imej
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku."(Surah Ash-Shu'ara, ayat : 80) Seluruh ahli BKASM mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan ke atas saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi yang menghidapi penyakit Anemia Mild/Multiple Sclerosis. Berikut merupakan kronologi susulan rawatan yang diterima oleh saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi : 22 OKTOBER 2017 - Pesakit mengadu sakit kepala. 31 OKTOBER 2017 - Beliau mengalami sakit kepala yang berlarutan dan rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah untuk membuat rawatan Electroencephalogram (EEG) scan. 1 NOVEMBER 2017 - Keputusan scan tersebut mendapati beliau disahkan normal. 6 NOVEMBER 2017 - Menjelang waktu maghrib, beliau mengadu sakit kepala dan susah untuk bernafas. Kemudian, rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah sekali lagi setelah mendapat saranan doktor untuk membuat ujian darah, Complete Blood Count (CBC). ...

NAJAH '17 : KEJAYAAN AHLI TERUS DIHARGAI

Imej
19 NOVEMBER 2017, KAHERAH –  Hari Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan 2017 (NAJAH '17) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif utama program ini adalah untuk meraikan kejayaan graduan dan kecemerlangan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dalam bidang pengajian islam dan perubatan di mesir pada peperiksaan yang lalu. Selain itu, program ini dijayakan agar dapat menaikkan semangat ahli BKASM untuk terus menggembleng usaha dalam menjayakan kecemerlangan akademik. Majlis bermula seusai solat asar dan bacaan al ma’thurat dengan kehadiran dan sesi pendaftaran oleh para peserta. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengarah, saudara Muhammad Syukri Bin Rosli,  seterusnya ucapan daripada Yang Di-Pertua BKASM sesi 2017/2018, saudara Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh penasihat BKASM sesi 2017/2018, saudara Muhamad Nazif Bin Shaari. Pe...

UCAPTAMA YANG DIPERTUA

Imej
11 NOVEMBER 2017, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan  bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Ucaptama Yang Dipertua ini adalah untuk memperkenalkan pembawaan dan barisan pimpinan BKASM sesi 2017/2018, membuka ruang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi ini, serta mengeratkan ukhuwah diantara ahli BKASM. Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat sunat hajat. Ucaptama Yang Dipertua dimulakan dengan ucapan kalam dari pengarah seterusnya ucapan Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi sekaligus melancarkan Tabung BKAN Taakhi. Majlis Ucaptama Yang Dipertua diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini yang telah dibentangkan oleh Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama seb...

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2017/2018

Imej
Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir ikhwah : Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi (Yang Dipertua) Khairul Adha bin Hamdzani (Timbalan Yang Dipertua I) Muhammad Faiz bin Othman (Setiausaha Agung) Nabil Rusyaidi bin Ramli (Timbalan Setiausaha Agung I) Muhamad Nasrul bin Jamal (Bendahari Kehormat) Fakhrul Rodzi bin Md Tahir (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah) Muhammad Syukri bin Rosli (Ketua Lajnah Pendidikan) Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan) Luqmanulhafiz bin Mohd Amir (Ketua Lajnah Kebajikan) Khalif bin Idrus (Ketua Lajnah Ekonomi) Muhamad Hakim bin Mohd Nasir (Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan) Muhammad Hazman bin Zabil (Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah) Muhammad Zuhair bin Omar (Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan) Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat : Ummi Aqilah binti Norlizam ...

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA PENGARAH JAIS : MEMPERKASAKAN AGENDA KEBAJIKAN BKASM

Imej
6 November 2017, SHAH ALAM, SELANGOR - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah JAIS, Y.Bhg S.S. Dato' Haris Bin Kasim bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Pertemuan pada kali ini yang diketuai oleh saudara Fakhrul Rodzi bin Md Tahir sebagai wakil pimpinan BKASM dan saudara Aiman Fitry bin Zulkifli, sebagai wakil BKASM di Malaysia. Pihak BKASM telah memperkenalkan barisan kepimpinan BKASM yang baru bagi sesi 2017/2018. Di samping itu, pertemuan ini juga turut membincangkan beberapa permasalahan berkaitan pelajar-pelajar Selangor di Mesir. Semoga hasil daripada pertemuan wakil BKASM bersama JAIS ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Disediakan oleh : Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM...