KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKASM
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku."(Surah Ash-Shu'ara, ayat : 80)
Seluruh ahli BKASM mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan ke atas saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi yang menghidapi penyakit Anemia Mild/Multiple Sclerosis.
Berikut merupakan kronologi susulan rawatan yang diterima oleh saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi :
22 OKTOBER 2017
- Pesakit mengadu sakit kepala.
31 OKTOBER 2017
- Beliau mengalami sakit kepala yang berlarutan dan rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah untuk membuat rawatan Electroencephalogram (EEG) scan.
1 NOVEMBER 2017
- Keputusan scan tersebut mendapati beliau disahkan normal.
6 NOVEMBER 2017
- Menjelang waktu maghrib, beliau mengadu sakit kepala dan susah untuk bernafas. Kemudian, rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah sekali lagi setelah mendapat saranan doktor untuk membuat ujian darah, Complete Blood Count (CBC).
7 NOVEMBER 2017
- Melalui ujian darah tersebut beliau disahkan menghidapi Mild Microcytic Hypochromic Anemia (tahap biasa).
12 NOVEMBER 2017
- Pada waktu malam, maklumat diperolehi daripada rakan serumahnya bahawa saudari Dania mengalami sakit kepala yang sangat teruk.
13 NOVEMBER 2017
- Sakit kepala yang dialami beliau semakin teruk.
Beberapa kondisi beliau :
- Akan muntah setiap kali makan atau minum.
- Tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam.
14 NOVEMBER 2017
- Saudari Dania akan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.
- Beliau telah membawanya ke hospital pada lewat malam dan doktor telah memasukkan air ke dalam badannya kerana keadaan badannya yang lemah dan dehidrasi.
15 NOVEMBER 2017
- Beliau telah dihantar ke lapangan terbang untuk dibawa pulang ke Malaysia dan membuat rawatan selanjutnya.
- Namun, beliau terpaksa menundakan penerbangannya disebabkan risiko yang bakal berlaku ketika penerbangan atas nasihat juru terbang sendiri.
16 NOVEMBER 2017
- Beliau telah membuat rawatan CT Scan, dan disahkan normal di Hospital Rabaah.
- Keadaan beliau dilaporkan stabil dan beliau dapat tidur dengan baik.
18 NOVEMBER 2017
-Pada waktu malam keadaan beliau lemah serta tidak mampu memberi respon yang baik.
- Kita BKASM bersama Atase Pendidikan Selangor serta wakil daripada pelajar perubatan telah pergi ke hospital pada lewat malam kerana beliau diminta untuk melakukan ujian darah sekali lagi dan keputusan disahkan :
Tekanan darah : normal
Glucose : normal
A.B.G : normal
Brain scan : normal
- Beliau masih tidak menunjukkan respon positif walaupun keputusan normal.
- Beliau ditahan di wad ICU untuk pantauan doktor bagi mengenal pasti punca pesakit.
19 NOVEMBER 2017
- Beliau telah mendapat rawatan Antibiotoc dan Ranitidine.
- Beliau juga dibawah pantauan pakar Neurologi dan pakar buah pinggang.
20 NOVEMBER 2017
- Beliau menunjukkan reaksi positif, tetapi masih belum mampu untuk bercakap lagi.
- Beliau telah melalui beberapa ujian tersebut :
1. Ujian MRI
2. Ujian cecair CSF
3. Ujian cecair tulang belakang
21 NOVEMBER 2017
- Beliau menunjukkan reaksi positif dan boleh berkomunikasi dengan baik.
- Beliau disyaki menghidap penyakit Autoimmune yang menyerang bahagian otak.
- Abang kepada saudari Dania telah tiba ke Mesir dan disambut oleh YDP BKASM serta Atase Pendidikan Selangor untuk melihat perkembangan adiknya.
23 NOVEMBER 2017
- Beliau telah mendapat keputusan MRI, CSF dan ujian cecair tulang belakang yang telah dibuat dua hari lepas dan hasil keputusan mendapati beliau menghidap penyakit Multiple Sclerosis.
25 NOVEMBER 2017
- Kita BKASM bersama Atase telah menghantar beliau untuk dibawa pulang ke Malaysia bersama abangnya saudara Muhamad Shazwan bin Zaidi pada jam 1.30 pagi (waktu mesir) bersamaan 26 November 2017 dan mereka selamat tiba di Malaysia untuk rawatan susulan.
Ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbangkan wang, tenaga dan masa dalam menjaga kebajikan beliau. Semoga Allah nilai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan.
Marilah bersama-sama kita mendoakan agar saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
"Bersatu Berkebajikan Mengukuhkan Kebersamaan"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi
Yang Dipertua
BKASM sesi 2017/2018
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan