KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN - Nukilan Siswa Siri 18

“Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah adalah Islam." (Surah Ali-Imran : ayat 19) Islam telah meletakkan beberapa panduan dalam memastikan seruan Islam itu sampai kepada seluruh umat. Tidak dinafikan bahawasanya sistem pemerintahan adalah salah satu wasilah yang menjadi kompenen terbesar dalam memastikan dakwah Islam terus berkembang ke seluruh alam. Hal ini kerana Islam adalah agama yang syumul mencakupi seluruh aspek kehidupan. DAKWAH DALAM PEMERINTAHAN “Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadap-Ku, dan datanglah kamu kepada-Ku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).” (Surah An-Naml : ayat 31) Di dalam pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman a.s., baginda mendapati terdapat sebuah kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang Ratu perempuan. Akan tetapi, pemerintahan di bawah Ratu Saba’ bukan sebuah kerajaan Islam kerana Nabi Sulaiman mendapati Ratu Saba’ beserta kaumnya sujud kepada selain Allah ditambah dengan hasutan sya...