
HARI INI DALAM SEJARAH BKASM | KESATUAN ISLAM BKASM YANG SUDAH BERUSIA 54 TAHUN 25 Jun 1965, Kaherah : Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh anak-anak Selangor di pelembahan Nil apabila tertubuhnya satu kesatuan Islam anak-anak Selangor di Mesir. Hari ini merupakan ulang tahun penubuhan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). BKASM yang lahir daripada 'rahim' PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) ditubuhkan atas inisiatif mahasiswa dan mahasiswi Selangor yang belajar di sini. Antara kejayaan terbesar BKASM adalah keterlibatannya dalam mewujudkan asrama dan penempatan bagi anak-anak Selangor di sini iaitu Asrama Rumah Selangor di Rabaah dan Hayyu Asyir. Sejak penubuhannya, BKASM yang dinaungi oleh Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Selangor terus terjamin. BKASM juga menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi men...