[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ]

[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, tahun ini Malaysia telah mencapai usia 63 tahun kemerdekaan. Dalam memaknai erti kemerdekaan sebenar kita perlu menelusuri latar belakang sejarah yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu sebagai gambaran identiti yang ada dalam diri kita. Langit sejarah menyaksikan bahawa Islam telah sekian lama bertapak di Tanah Melayu. Dalam beberapa siri versi sejarah, mendakwa bahawasanya Islam telahpun singgah seawal di zaman Saidina Uthman RA. Ketika zaman Saidina Uthman RA, ekspedisi dakwah dihantar sehingga ke China. Tidak ada laluan laut lain melainkan perlu merentasi Selat Melaka. Begitu juga di dalam catatan sejarah yang lain, Islam telah berdiri secara berkerajaan seawal tahun 1300 masihi. Dalam sejarah kejatuhan Islam, kita juga perlu menyedari bahawasanya bangsa melayu pernah memegang obor, jati diri dan pemerintahan Islam yang menggantikan kejatuhan Abb...