[ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ]

[ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ] 29 MEI - 29 JUN 2021, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021 telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena dengan peperiksaan fasa satu yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu. Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta dapat memastikan ahli untuk sampai ke kuliah sebelum peperiksaan bermula. Seterusnya, perkhidmatan ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sekaligus menyemai sikap cakna sesama ahli. Perkhidmatan Tremco Imtihan juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu "Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan". Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari iaitu sesi pertama pada pukul 7.30 pagi, sesi kedua pada ...