[ LAPORAN | PROGRAM ISTIWA' ADZAM ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]
[ LAPORAN | PROGRAM ISTIWA' ADZAM ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]
16 JULAI 2021, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menghantar wakil dalam menyertai program Istiwa' Adzam anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Program ini telah bersiaran langsung secara atas talian melalui aplikasi 'Google Meet', dengan keterlibatan Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor) dan Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal, turut hadir wakil dari BKASM, Ustaz Ahmad Mubasyir bin Kamaruzzaman serta wakil-wakil dari negara Dubai, Maghribi, Mesir, Mekah, Jepun, Thailand dan Indonesia).
Program telah dimulakan dengan 'Live' program "Lets Talk Falak". Kemudian, diteruskan dengan 'Live' dari wakil-wakil negara penentuan arah kiblat global sempenan Istiwa' A'dzam. Program diakhiri dengan ucapan perasmian penutup program oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor).
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tidak hanya bergantung kepada aplikasi mudah alih dalam menentukan arah kiblat dengan mengajar menggunakan kaedah bayang ketika peristiwa Istiwa' A'dzam untuk menentukan arah kiblat dengan betul.
Seterusnya, hal ini juga bagi membetulkan kiblat sedia ada di tempat kediaman masing-masing menggunakan kaedah yang diajar supaya kiblat lebih tepat posisinya.
Selain itu, program ini disertai oleh wakil-wakil negara yang berkongsi siang dengan Mekah untuk menunjukkan ketepatan kaedah ini daripada aplikasi mudah alih yang selalu digunakan.
Wakil Jabatan Mufti Selangor sangat berbesar hati atas penglibatan semua pihak yang terlibat, khususnya BKASM bagi membuat program secara bersama.
Akhirnya, semoga program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam masa yang sama mengukuhkan hubungan dua hala antara Jabatan Mufti Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir khususnya.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2020/2021
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan