[ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ]
[ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ]
29 MEI - 29 JUN 2021, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021 telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena dengan peperiksaan fasa satu yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu.
Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta dapat memastikan ahli untuk sampai ke kuliah sebelum peperiksaan bermula. Seterusnya, perkhidmatan ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sekaligus menyemai sikap cakna sesama ahli.
Perkhidmatan Tremco Imtihan juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu "Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan".
Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari iaitu sesi pertama pada pukul 7.30 pagi, sesi kedua pada pukul 10. 00 pagi dan sesi ketiga pada pukul 1.00 petang yang bertempat di Dataran Rumah Selangor, Hayyu Asyir bagi ikhwah dan di Toob Ramly bagi akhwat.
Alhamdulillah, hasil kerjasama daripada semua pihak, Tremco Imtihan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak Tremco Imtihan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya sepanjang musim peperiksaan. Semoga dengan adanya kemudahan perkhidmatan ini serba sedikit dapat membantu ahli dan mudah-mudahan dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang. Akhirnya, semoga imtihan pada tahun ini menatijahkan kejayaan kepada seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.
"Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2020/2021
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan