[ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ]

[ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ] 23 MAC - 20 APRIL 2023 , KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM '23) yang berkonsepkan Al-Quran sebagai dustur kehidupan. IHTIRAM '23 yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lalu telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada peningkatan tarbiah, thaqafah dan ukhuwah dalam kalangan ahli antaranya aktiviti tadarus al-Quran, tadabbur mauduie, Daurah Ramadan, Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Iftar Jamaie, kongsi juadah dan sebagainya. Peringkat IHTIRAM '23 telah menyusun aktiviti-aktiviti ini dengan sebaiknya supaya semua ahli BKASM dapat mengambil dan memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiah. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama lajnah dan unit-unit di bawah BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Tabung Ramadan...