[ LAPORAN | TYT DUTA BESAR MALAYSIA DAN PENGARAH EME MENZIARAHI AHLI BKASM YANG DITIMPA MUSIBAH ]

 


[ LAPORAN | TYT DUTA BESAR MALAYSIA DAN PENGARAH EME MENZIARAHI AHLI BKASM YANG DITIMPA MUSIBAH ]


KAHERAH, 3 & 4 APRIL 2023 - Tuan Yang Terutama Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Kaherah, pada 4 April 2023 dan Encik Khairi bin Abdullah, Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), pada 3 April 2023 telah menziarahi seorang ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang telah ditimpa musibah dan telah menjalani rawatan lanjut di Raba'ah al-Adawiyah Specialized Hospital.


Turut bersama Pegawai Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Encik Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid dan Yang Dipertua BKASM, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar yang telah mengiringi kehadiran TYT Duta Besar dan Pengarah EME. 


Keadaan semasa ahli tersebut berada dalam keadaan stabil setelah mendapat pemantauan 24 jam daripada doktor.


Pihak BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu samada secara langsung atau tidak langsung. 


Didoakan semoga diberi kesembuhan dan dipermudah segala urusan. Insya-Allah.


Jabatan Setiausaha Agung (JASA) 

BKASM sesi 2022/2023


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG