[ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ]
[ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ]
23 MAC - 20 APRIL 2023 , KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM '23) yang berkonsepkan Al-Quran sebagai dustur kehidupan.
IHTIRAM '23 yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lalu telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada peningkatan tarbiah, thaqafah dan ukhuwah dalam kalangan ahli antaranya aktiviti tadarus al-Quran, tadabbur mauduie, Daurah Ramadan, Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Iftar Jamaie, kongsi juadah dan sebagainya.
Peringkat IHTIRAM '23 telah menyusun aktiviti-aktiviti ini dengan sebaiknya supaya semua ahli BKASM dapat mengambil dan memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiah.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama lajnah dan unit-unit di bawah BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Tabung Ramadan dan Pertandingan Rumah Mithali.
Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ahli sama ada yang menetap di Asrama Selangor Hayyu Asyir, mahupun Ahli Komuniti Rumah Sewa (KORUS) di sekitar Hayyu Asyir, Hayyu Sabiek dan Darrasah.
Pada 20 April 2023 , telah berlangsungnya Majlis Penutupan IHTIRAM '23 dan diiringi Perasmian SYAWAL '23 yang telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah). Majlis ini telah dijalankan di Musolla Asrama Selangor, Hayyu Asyir.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan tarbiah dan mengukuhkan tautan ukhuwah sekaligus menjayakan objektif IHTIRAM '23 pada kali ini.
"Ibrah Al-Quran Melakar Ketakwaan Insani"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Setiausaha (Eksekutif Disiplin & Protokol)
IHTIRAM '23
BKASM sesi 2022/2023
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan