Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

[ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ]

Imej
  [ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ] 19 APRIL - 24 APRIL 2023, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Aidilfitri 2023 (Syawal '23). Syawal '23 yang membawa konsep 'Beraya Di Kampung' yang berlangsung selama enam hari telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada objektif mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli. Pada 20 April 2023, telah berlangsung majlis penutupan IHTIRAM '23 dan diiringi majlis perasmian Syawal '23 yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) seterusnya disempurnakan dengan pelancaran gimik Syawal '23. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Takbir Raya, Perutusan Raya YDP, baraan raya, aktiviti merewang dan pacak khemah secara bersama, pengisian Medan Kalam, aktiviti Santai Raya, Rumah Terbuka Anak Selangor d...

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
  [ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah, thaqafah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2022/2023 sedang berlangsung dan peperiksaan bagi penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan yang bakal tiba.  Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 5 MEI 2023, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian b...

[ LAPORAN | SERAHAN ZAKAT ]

Imej
  [ LAPORAN | SERAHAN ZAKAT ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 20 APRIL 2023, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah menyerahkan zakat kepada beberapa orang ahli BKASM ikhwah dan juga akhawat.  Zakat tersebut telah diserahkan melalui Ustaz Amirul Azzim bin Hamidon (Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2022/2023) dan Ustazah Ain Nur Farhah binti Abd Rahman (Timbalan Bendahari Kehormat BKASM sesi 2022/2023). Semoga dengan serahan zakat yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu kewangan ahli BKASM dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"  Jabatan Bendahari Kehormat  BKASM sesi 2022/2023 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM #SetiaBersamaUkhuwah