Catatan

TINTA JUMAAT KALI KE 26-MEMPERANANKAN WANITA DALAM LAPANGAN AMAL

Imej

ROADSHOW BAKTISISWA BKASM 2014- KELANGSUNGAN GENERASI PELAPIS

Imej
LABUHNYA TIRAI ROADSHOW BAKTISISWA MESIR OGOS - SEPT   - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Mesir yang menghimpunkan   pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Program ini telah memulakan misi roadshow selama dua minggu iaitu 4 hari berturut-turut bermula pada 25 Ogos dan berakhir 4 Sept 2014. Sekolah pertama yang dikunjungi adalah   Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah serta Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru.Penjelajahan minggu ke-2 dimulai dengan Sekolah Agama Menegah Jeram, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,Sekolah Agama Menengah Tinggi Bandar Baru Salak Tinggi dan diakhiri di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Program Roadshow Baktisiswa Mesir ini telah membuka tirainya seawal jam 8.30 pagi dengan majlis perasmian dan ...

Tinta Jumaat Kali ke 23

Imej

Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor Ditubuhkan Untuk Perjuangkan Hak Pelajar

     Rentetan daripada masalah sistem pembayaran zakat dermasiswa yang dihadapi oleh sebahagian pelajar pengajian Islam Selangor di Mesir,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah   mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor.Penubuhan jawatankuasa khas itu   telah dilancarkan oleh Ustaz Fikhry Hakim Bin Fadzilullah selaku Yang Di Pertua BKASM sesi 2014   dalam program Yaum At Thaqafi anjuran Unit Thaqafah pada 25 Ogos 2014 yang lepas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ust Ahmad Bin Jaafar dan timbalannya iaitu Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail.        Beberapa gerak kerja awal di pihak Jawatankuasa khas telah dilaksanakan, antaranya usaha   pengumpulan data maklumat   dan aduan berkaitan para pelajar yang mempunyai masalah pembayaran zakat dermasiswa.Di samping itu pengerusi jawatankuasa khas yang kini berada di Malaysia juga telah mengadakan pert...

TINTA JUMAAT KALI KE 22

Imej

TINTA JUMAAT KALI KE 21

Imej

KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR

Imej
KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR Baru-baru ini negeri Selangor digemparkan dengan cadangan   menukar jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang disandang oleh   Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim sehingga mencetuskan kemelut yang kurang menyenangkan dalam kalangan rakyat Selangor. Maka Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) selaku badan rasmi yang mewakili suara anak Selangor di Mesir terpanggil untuk menyatakan pendirian dengan menyokong penuh   kedudukan   Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim   selaku Menteri Besar negeri Selangor yang bertuah ini. Pastinya dengan pelbagai hasil mahsul ekonomi untuk kebajikan   rakyat Selangor   dan rekod urustadbir negeri   yang sangat cemerlang selama dua penggal ini, dibuktikan dengan peningkatan sokongan rakyat kepada kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 yang lepas, rakyat Selangor sendiri telah menya...