Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor Ditubuhkan Untuk Perjuangkan Hak Pelajar
Rentetan daripada masalah sistem
pembayaran zakat dermasiswa yang dihadapi oleh sebahagian pelajar pengajian
Islam Selangor di Mesir,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan
Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor.Penubuhan jawatankuasa
khas itu telah dilancarkan oleh Ustaz
Fikhry Hakim Bin Fadzilullah selaku Yang Di Pertua BKASM sesi 2014 dalam program Yaum At Thaqafi anjuran Unit
Thaqafah pada 25 Ogos 2014 yang lepas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ust
Ahmad Bin Jaafar dan timbalannya iaitu Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail.
Beberapa gerak kerja awal di pihak
Jawatankuasa khas telah dilaksanakan, antaranya usaha pengumpulan data maklumat dan aduan berkaitan para pelajar yang
mempunyai masalah pembayaran zakat dermasiswa.Di samping itu pengerusi
jawatankuasa khas yang kini berada di Malaysia juga telah mengadakan pertemuan
empat mata dengan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Farid
Bin Mohd Zainal dan mantan Pegawai HEP Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Faryzan
Bin Subkhi bagi mengutarakan masalah dan membincangkan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk menangani masalah ini.
Perancangan dan langkah-langkah telah
disusun dan akan digerakkan oleh pihak jawatankuasa khas pada masa akan datang demi
memastikan hak pelajar Selangor terbela.BKASM mengharapkan agar seluruh ahli
dapat bersama berganding tenaga membantu pihak jawatankuasa dalam
memperjuangkan isu ini untuk kepentingan bersama.Di sini dilampirkan senarai ahli Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar
Selangor:
Pengerusi: Ust Ahmad Bin
Jaafar
Timbalan Pengerusi:
Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail
Setiausaha: Ustazah Norul
Syamimi Binti Misroni
Tenaga Penggerak:
Ust Fikhry Hakim Bin
Fadzilullah
Ust Abdul Mun’im Bin Abd Sukor
Ust Mohd Nadzir Bin Jamaluddin
Ust Mohd Nazim Bin Bahnan
Ustazah Rozana Binti Masnan
Ustazah Siti Hawa Husna Binti
Rosman
Disediakan Oleh:
Setiausaha Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar
Selangor
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014
Ulasan
Catat Ulasan