Catatan

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2014/2015

Imej
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 " Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan " BKASM sesi 2014/2015

APA PILIHAN ANDA - Tinta Jumaat Siri ke -5

Imej
APA PILIHAN ANDA?    Hakikat perjalanan kehidupan seorang hamba. Memilih untuk terus berada di jalan yang berliku hingga dikurniakan syurga atau memillih jalan dunia yang akhirnya dibalas dengan neraka. Diciptakan kita di atas muka bumi   Allah S.W.T tidak lain tidak bukan hanya untuk melaksanakan setiap suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Allah berfirman dalam Al-Quran : { وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون } Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU (Surah Az-Zariat:56) {.... ونبلوكم بالشر و الخير فتنة ...} ...kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan ...(surah Al-Anbiya':35)    Ujian dan mehnah adalah sinonim dalam kehidupan manusia.   Namun apakah pilihan kita? Menjadikan ujian itu sebagai nikmat atau mengatakan ujian itu adalah bala? Satu perkara yang sama tetapi dua jalan yang berbeza. Fitrah manusia apabila senang, mudah   lup...

RISALAH ILMIAH SIRI PERTAMA : ILMU ANTARA HAK DAN BATIL

Imej
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mencipta manusia di atas muka bumi ini daripada jahiliah kepada nur cahaya. Islam adalah satu-satunya agama yang memuliakan manusia dengan ilmu, bahkan kalaulah manusia bertaqlid dalam bab aqidah tanpa mengetahui hakikat sebenar ilmu maka dia boleh dikira berdosa dan murtad. Allah berfirman dalam kalamNya yang Agung: "يرفع الله الذين ءامنواْ منكم والذين أوتواْ العلم درجات" “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”.              (Surah Al-Mujadalah: ayat 11) Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menunjukkan satu martabat yang khusus bagi manusia apabila mereka mempunyai ilmu. Itulah pemahaman Islam yang sebenar terhadap ilmu. Hal ini secara tidak langsung dapat menolak pandangan segelintir manusia yang memandang islam sebelah mata lalu terus melabelkan Islam itu jumud. ...

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI KERAJAAN NEGERI

Imej
KAHERAH, 24 Disember 2014:   Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah   diadakan   di Komplek Asrama Selangor bermula   jam 7.30   malam . Antara wakil Kerajaan Negeri yang hadir pada malam tersebut ialah Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi), Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi). Dan wakil dari JAIS ialah Tuan Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad( Pengarah JAIS), Encik Mohd Azam bin Azmi(Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS), Encik Muhamad Asmadi bin Mustakim(Ketua Sektor Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Islam JAIS), Encik Mohd Shukri bin Ruslan( Pegawai Penyelaras Pengajian Tinggi Bahagian Pendidikan Islam JAIS). Ucapan Majlis dimulakan dengan kalam daripada Ustaz Anas bin Mohd Bhukh...

IDEOLOGI SONGSANG MEROSAK UMMAH - Tinta Jumaat Siri Ke - 4

Imej
IDEOLOGI SONGSANG MEROSAK UMMAH                  Kita sering mendengar perkataan fikrah hangat dibahaskan akan tetapi hanya segelintir yang memahami pengertian dan pengaruhnya di dalam masyarakat hari ini. Fikrah dikenali sebagai satu ideologi atau pemikiran yang akan menatijahkan keperibadian seseorang itu.                  Acapkali kita diperdengarkan dengan istilah-istilah ideologi yang masyhur antaranya adalah sekularisme. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekularisme?. Sekularisme adalah satu idea Barat yang dibawa oleh penjajah-penjajah ke Negara Islam supaya peranan agama Islam boleh dihadkan bagi memudahkan mereka mengambil alih kuasa pemerintahan dan ini adalah cara yang salah dalam Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud : “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadan...

USRAH GABUNGAN MERIBATKAN UKHUWAH

Imej
19 DISEMBER 2014,KAHERAH – Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT), Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), dengan kerjasama Lajnah Kesenian dan sukan (LKS)   sesi 2014/2015 telah mengadakan usrah gabungan semua ahli usrah ikhwah bagi sesi 2014/2015 yang bertempat Zahra’.Aktiviti yang telah dijalankan adalah futsal. Aktiviti Futsal ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi.Pihak BKASM telah menempah sebuah bas untuk pengangkutan pergi dan balik kepada semua ahli usrah.Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli BKASM dan turut serta juga dalam program ini adalah Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal,Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor. Salah satu objektif program usrah gabungan ini diadakan adalah untuk memperkuatkan dan mempereratkan lagi silaturrahim dan ukhuwah antara semua ahli dan sebagai salah satu wasilah kepada ahli BKASM yang baru untuk mengenali ahli yang lama.Selain itu, sempena imtihan   fatrah satu ya...

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - Tinta Jumaat Siri Ke -3

Imej
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA " Seringkali kita terdengar slogan-slogan keramat dilaung.Hal ini disebabkan bangsa Melayu yang terlalu kaya dengan adat dan istiadat.Namun timbul satu persoalan, adakah kesemua adat melayu berlandaskan syariat? Firman Allah: وَمَن يَعصِ اللَّه وَرَسُولَهُ, وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ, يُدخِلهُ نَاراً خَلِدًا فِيهَا وَلَهُ, عَذَابٌ مُهِينٌ                                                               (Surah An-Nisa' : ayat 14) Maksudnya : Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas syariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya,dan baginya azab seksa yang amat menghina. ...