MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI KERAJAAN NEGERI
KAHERAH, 24 Disember 2014: Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi Kerajaan Negeri dan
Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah diadakan di Komplek Asrama Selangor bermula jam 7.30 malam. Antara wakil
Kerajaan Negeri yang hadir pada malam tersebut ialah Y.B. Dato’ Dr.
Ahmad Yunus bin Hairi(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu &
Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi), Y.B. Tuan Nik
Nazmi bin Nik Ahmad(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi Dan Inovasi).
Dan wakil dari JAIS ialah Tuan Haji Ahmad Zaharin bin
Mohd Saad(Pengarah JAIS), Encik Mohd Azam bin Azmi(Penolong
Pengarah Unit Pembangunan JAIS), Encik Muhamad Asmadi bin Mustakim(Ketua Sektor
Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Islam JAIS), Encik Mohd Shukri
bin Ruslan(Pegawai Penyelaras Pengajian Tinggi Bahagian
Pendidikan Islam JAIS).

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab antara wakil
kerajaan negeri dan pelajar. Banyak persoalan yang dilontarkan oleh pelajar
untuk memohon penjelasan berkenaan beberapa perkara dan masalah yang timbul.
Antara soalan yang dilontarkan ialah permasalahan zakat, peruntukan bangunan
baru, status penghantaran pelajar baru ke Mesir dan lain-lain lagi.
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) menerima
sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Ahmad
Yunus bin Hairi berjumlah RM 10,000 pada malam tersebut. Turut menerima bantuan
kewangan untuk pembelian perabot dan keperluan asrama pelajar Selangor di
kaherah berjumlah RM 275,350.00 daripada JAIS.
BKASM mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi
Kerajaan Negeri dan Jais di atas kesudian untuk bersama dalam majlis ini. Juga
buat semua anak-anak Selangor yang sudi hadir memeriahkan majlis. Semoga
pertemuan dengan Kerajaan Negeri ini dapat membantu kehidupan mahasiswa dan
mahasiswi dari pelbagai sudut serta mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri
dengan anak-anak Selangor.
“TEGUH
PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”
“MEMURNIKAN
PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
Disediakan
oleh,
NURUL AIN
RAHMAT
Timbalan
Setiausaha Agung II
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan