USRAH GABUNGAN MERIBATKAN UKHUWAH
19 DISEMBER
2014,KAHERAH – Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT), Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), dengan kerjasama Lajnah Kesenian dan
sukan (LKS) sesi 2014/2015 telah
mengadakan usrah gabungan semua ahli usrah ikhwah bagi sesi 2014/2015 yang bertempat
Zahra’.Aktiviti yang telah dijalankan adalah futsal.
Aktiviti Futsal
ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi.Pihak BKASM telah menempah sebuah bas
untuk pengangkutan pergi dan balik kepada semua ahli usrah.Program ini telah
mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli BKASM dan turut serta juga
dalam program ini adalah Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal,Pegawai Atase
Pendidikan Negeri Selangor.
Salah satu
objektif program usrah gabungan ini diadakan adalah untuk memperkuatkan dan
mempereratkan lagi silaturrahim dan ukhuwah antara semua ahli dan sebagai salah
satu wasilah kepada ahli BKASM yang baru untuk mengenali ahli yang lama.Selain
itu, sempena imtihan fatrah satu yang
akan diadakan tidak lama lagi,program ini adalah bertujuan menyihatkan tubuh badan semua ahli agar dapat
menghadapi imtihan dalam keadaan baik sama ada akal dan tubuh badan kerana
bertepatan dengan kata-kata ulamak “ AKAL YANG SIHAT DATANG DARI TUBUH BADAN
YANG SIHAT”.
Program ini telah
berakhir pada pukul 10.00 pagi dan alhamdulillah program ini berjalan dengan baik.Semoga program seperti
ini akan dapat diteruskan dan dijalankan pada masa akan datang dan juga semoga
ahli-ahli BKASM dapat memberi komitmen yang baik terhadapt aktiviti yang
dianjurkan oleh BKASM.Semoga BKASM sentiasa dipelihara Allah S.W.T.
Disediakan oleh,
Setiausaha,Lajnah
Dakwah dan Tarbiah,
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir,
BKASM 2014/2015.
Ulasan
Catat Ulasan