Catatan

MAT 42 : MENERUSKAN LEGASI PIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Imej
21 Oktober 2017, KAHERAH –  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun di muhafazah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Antara objektif MAT kali ke-42 ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan ahli mesyuarat dapat memanfaatkan mesyuarat sebagai wadah utama dalam menyuarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM dan memperkasakan kebersamaan antara ahli dan BKASM di samping menambah thaqafah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebelum berlangsungnya MAT 42, beberapa aktiviti Ambang MAT berjaya dijalankan antaranya solat hajat, doa selamat, pembentangan kitab, tazkirah subuh khas serta medan kalam. Ketika hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42, majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran, ucapa...

BKASM MELEBAR SAYAP KEBAJIKAN MELALUI DANA MAHABBAH

Imej
Segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberi nikmat kepada seluruh makhluk sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat baginda. Allah berfirman di dalam al-Quran : قال الله تعالى : وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان Maksudnya : Saling bantu-membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah saling bantu-membantu dalam perkara kejahatan dan permusuhan.(Surah Al-Ma'idah : ayat 2) BKASM merupakan satu identiti yang menaungi seluruh anak-anak Negeri Selangor di bumi Mesir ini di dalam memastikan kebajikan dan juga keperluan anak-anak Selangor terus terjamin dan dipelihara dengan baik. BKASM juga sentiasa berusaha menjayakan agenda kebajikan dan hak mahasiswa dan mahasiswi dalam menguruskan hal ehwal anak-anak Selangor di Perlembahan Nil ini agar kelangsungan kebajikan terus terjaga. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan melalui wasilah Unit D...

HIJRAH MENGEJAR REDANYA Nukilan Siswa Siri 44

Imej
Dalam kehidupan, ujian selalu ada menempa diri kita. Kadang kala ringan, namun selalunya terasa berat dan payah untuk dihadapi. Begitulah yang dihadapi oleh nabi kita, Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrahnya bersama para sahabat yang beriman. Hijrah dilakukan dengan meninggalkan segala harta dan keluarga semata-mata untuk merasai kehidupan Islam yang lebih baik. Sekian lama menetap dan membesar di bumi Mekah, namun apabila diwahyukan oleh Allah maka perintah itu cuba dilakukan dengan sebaiknya. Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat bukan sekadar untuk melepaskan diri dari belenggu kezaliman tetapi apa yang lebih penting ialah cita-cita menegakkan tiang Islam perlu diteruskan. Hijrah ini juga bukan kerana mereka telah dibentangkan dengan mata kasar tentang masa depan mereka setelah berhijrah. Mereka tidak pernah tahu pun apakah pertolongan atau sebaliknya yang akan berlaku di Yathrib. Bahkan boleh jadi Islam tidak dapat bertapak dengan kukuh di sana dan terpaksa berhi...

MUSLIMAH MUKMINAH Nukilan Siswa Siri 43

Imej
Dia wanita bangsawan yang berfikiran murni dan miliki kecerdasan yang tinggi. Takdir Allah menghendaki iman menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam justeru bangkit menepis debu-debu jahiliyyah dan mengusung panji tauhid. Srikandi ini tercatat sebagai sahabat dalam kalangan wanita yang setia di sisi Rasulullah. Safiyyah binti Abdul Mutalib merupakan bonda kepada Zubair bin al-‘Awwam . Bertitik tolak dari kewafatan suaminya, puteranya dibentuk dengan didikan rohani dan kekuatan fizikal yang tegas. sehingga ada yang mengatakan beliau memukul kerana kebencian. Maka dijawab Safiyyah dengan bersajak : “Aku memukul supaya pintar, Tangkas menghadapi musuh, Pulang dengan kemenangan.” Cahaya kebenaran yang teguh terpasak dalam jiwa menjadi sumber kekuatan untuk Safiyyah menghadapi segala tentangan semasa awal dakwah Islam disebarkan. Mengikut jejak langkah muslimin yang lain, Safiyyah menghadapkan wajahnya ke Madinah sebagai Muhajirin  meninggalkan segala lambakan kem...

SAEIDHA '17 : MEMAKNAKAN ERTI PENGORBANAN

Imej
30 Ogos-3 September 2017, KAHERAH - Program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Merdeka 2017 (SAEIDHA’17) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah berlangsung dengan jayanya. Objektif SAEIDHA '17 adalah untuk menerapkan semangat pengorbanan serta meribat ukhuwah di samping meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli. Program ini telah berlangsung selama 5 hari dan padat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh SAEIDHA ’17. Pada 30 Ogos 2017, Program Sambutan Aidiladha dan Merdeka 2017 (SAEIDHA’17) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Munajat Kemerdekaan dan Ambang SAEIDHA’17. Antara pengisian yang diadakan adalah Solat Hajat serta Talkshow yang bertajuk Merdeka Raya : Manifestasi Iman dan Pengorbanan. Slot ini telah disampaikan oleh dua orang panel iaitu, saudara Muhammad Hasbullah bin Suhaimi, Fasilitator Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) dan saudari Siti Hajar binti Mohd Razali, Fasilitator Badan Kebajikan Keluarga Islam M...

KEKUATAN ‘BIJAK’ YANG DISALAH GUNA Nukilan Siswa Siri 42

Imej
         Allah S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir serta untuk mengolahkan idea-idea yang ada pada manusia ke dalam dunia realiti. Umat Islam diberikan ruang untuk berfikir daripada segenap aspek yang dipandu oleh al-Quran dan as-sunnah sejak dahulu lagi. Namun pada zaman yang penuh dengan teknologi ini, terdapat individu dan agensi-agensi menggunakan daya berfikir yang telah diberikan kepada mereka ke arah untuk menjatuhkan Islam dengan pelbagai cara.         Antara agensi-agensi badan perisikan yang aktif dan mempunyai anggota-anggota yang mahir serta daya fikir yang tinggi sehingga ke hari ini ialah :-         MOSSAD Intelligence Agency : Tujuan utama diciptakan adalah untuk mengawasi bangsa-bangsa dan organisasi arab di seluruh dunia daripada memberi ancaman kepada Israel. Tindakan-tindakannya membuat dunia tidak senang duduk. MOSSAD dibentuk oleh Perd...

KERANA PANJANGNYA JALAN DAKWAH - Nukilan Siswa siri 41

Imej
Allah S. W. T berfirman berkenaan doa Nabi Zakaria A.S. : Maksudnya : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku”.(Surah Maryam : ayat 4-5) Sesungguhnya dunia telah menyaksikan peralihan generasi dalam satu tempoh masa yang panjang. Bermula dari nabi yang pertama diutuskan iaitu Nabi Adam A.S sehinggalah ke hari ini setelah kewafatan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tugas mentadbir bumi dengan berpandukan syariat ilahi diteruskan dengan legasi kepimpinan khalifah bermula daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan diganti dengan khalifah-khalifah seterusnya. Hal ini bertitik tolak mengenai kesedaran perlunya kepada generasi pelapis yang akan membawa suara Islam dengan syumul demi memastikan Islam terus berlayar di persada alam. Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria A.S dengan kelahiran seorang nabi peneru...