Catatan

Imej
[ ROADSHOW '19 | PEMUDA RABBANI PENERUS GENERASI ] 8-17 JULAI 2019 - Selangor, Malaysia : Program Baktisiswa Mesir 2019 (ROADSHOW '19) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) untuk memberikan pendedahan awal berkenaan Al-Azhar dan Mesir kepada pelajar-pelajar STAM. Bagi tahun 2019, beberapa buah sekolah yang mempunyai calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah menjadi sasaran. ROADSHOW '19 yang diketuai oleh saudara Muhammad Syukri bin Rosli ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang kaedah penggunaan bahasa Arab yang baik melalui aktiviti yang dijalankan selain memberi motivasi melalui perkongsian pengalaman belajar di Al-Azhar dan Mesir dalam meningkatkan semangat dan kecemerlangan pelajar. Tema program pada kali ini adalah "Pemuda Rabbani Penerus Generasi" serta berkonsepkan "motivasi". Dua slot utama disediakan untuk para pelajar bagi menjayakan dua objektif utama program. Slot pertam...
Imej
[ TREMCO IMTIHAN : TERUS KOMITED MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ] 25 MEI - 27 JUN 2019, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir masih meneruskan penyediaan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena peperiksaan fasa dua yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan khusus buat seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan ialah memudahkan perjalanan ahli untuk ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta mengeratkan ukhuwah dan sikap cakna sesama ahli. Selain itu, dapat memberi semangat kepada ahli BKASM yang menghadapi peperiksaan di samping menjayakan pembawaan BKASM pada sesi ini iaitu 'Mengukuhkan Kebajikan Tunjang Kesatuan'. Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Ulum Islamiah ini telah berlangsung sebanyak d...
Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahsiah. Sempena berakhirnya peperiksaan fasa dua, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 5 Julai 2019. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini. Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 "Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM
Imej
HARI INI DALAM SEJARAH BKASM | KESATUAN ISLAM BKASM YANG SUDAH BERUSIA 54 TAHUN 25 Jun 1965, Kaherah : Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh anak-anak Selangor di pelembahan Nil apabila tertubuhnya satu kesatuan Islam anak-anak Selangor di Mesir. Hari ini merupakan ulang tahun penubuhan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). BKASM yang lahir daripada 'rahim' PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) ditubuhkan atas inisiatif mahasiswa dan mahasiswi Selangor yang belajar di sini. Antara kejayaan terbesar BKASM adalah keterlibatannya dalam mewujudkan asrama dan penempatan bagi anak-anak Selangor di sini iaitu Asrama Rumah Selangor di Rabaah dan Hayyu Asyir. Sejak penubuhannya, BKASM yang dinaungi oleh Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Selangor terus terjamin. BKASM juga menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi men...
Imej
[ IHTIRAM '19 & FITRI '19 | INJEKSI TARBIAH DAN UKHUWAH SIMULASI WEHDAH ] 4 MEI - 5 JUN 2019, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah berjaya mengadakan dua program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2019 (IHTIRAM '19) dan Indahnya di Aidilfitri 2019 (FITRI '19). IHTIRAM '19 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah dan thaqafah ahli. Kelainan Ramadan pada tahun ini disambut bersama musim peperiksaan bagi fasa ke-2. IHTIRAM '19 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program yang telah disusun. Antara program-program IHTIRAM '19 yang berjaya dilaksanakan ialah Muhadarah Ammah, Sahur dan Iftar Jamaie, Solat Tarawih di masjid berdekatan, bacaan ilmiah berkaitan puasa, aktiviti Juadah Mahabbah, Kempen Ruhban ...

PARIT KEMENANGAN UMAT ISLAM - Minda Siswa Siri 15

Imej
        PARIT KEMENANGAN UMAT ISLAM Firman Allah SWT : “ Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan hilir (tempat pertahanan) kamu, dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah serta hati kamu resah gelisah, dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat”. (Surah al-Ahzab : ayat 10 -11) Perang Ahzab menggambarkan kepada kita situasi genting yang dihadapi Rasulullah SAW dan umat Islam dalam mepertahankan kedaulatan Islam. Kelompok Ahzab disertai oleh golongan yahudi yang merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah SAW, mereka turut mendapat sokongan oleh orang munafik yang benci dengan perjuangan Islam.  Situasi ini mengingatkan kita bahawa Islam kini juga ditekan oleh pelbagai situasi...

HANYA SATU - Minda Siswa Siri 14

Imej
                            HANYA SATU Firman Allah SWT : “Sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu,Akulah Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan daku.”  (Surah Al-Anbiya’ : ayat 92) Banyak nas Al-quran dan hadis yang jelas menyatakan bahawa kesatuan adalah satu tuntutan syara’ dalam Islam. Konsep kesatuan yang dianjurkan oleh Islam dapat kita perincikan melalui qudwah Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib menjadi penolong sebahagian yang lain dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kesatuan merupakan aspek penting kepada umat Islam khususnya dari segi fikrah dan amal. Kesatuan fikrah menatijahkan kesatuan amal dalam sesebuah organisasi. Kebangkitan umat Islam berhajat kepada sokongan seluruh umat Islam supaya berada dalam satu manhaj dan satu matlamat yang sama. Perpecahan umat Islam akan menghalang usaha dan melambatkan kemenangan Islam serta akan sukar merealisasikan kebenaran Islam itu ...