Catatan

[ MINDA SISWA | SIRI 7 : MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT ]

Imej
  [ MINDA SISWA | SIRI 7 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT  Firman Allah SWT : الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ  Maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (Surah At-Taubah : ayat 20) Di dalam Kitab Tafsir Jalalain menerangkan bahawa orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah SWT dengan harta dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya iaitu kududukannya di sisi Allah SWT daripada orang yang selain mereka dan itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan. Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan Islam menjadi tauladan yang dapat kita jadikan tamsilan, bahawa tarbiah d...

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ]

Imej
  [ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ] 28 SEPTEMBER 2020, ISNIN, SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu kunjung hormat bersama  Tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor di  Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.  Pertemuan ini telah diketuai oleh Ustaz Aiman Syahmi bin Azhari, Bendahari Kehormat BKASM sesi 2019/2020 bersama beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM. Pertemuan ini turut  dihadiri oleh Dr. Hjh. Adibah binti Abdul Wahab, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf dan beberapa ahli jawatankuasa Lembaga Zakat Selangor. Pertemuan ini dimulakan dengan sesi taaruf di antara wakil BKASM dan ahli Lembaga Zakat yang turut hadir. Seterusnya, pengenalan ringkas mengenai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Tujuan Kunjung Hormat ini diadakan bagi memperkenalkan dan menjalinkan hubungan baik a...

[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA TIMBALAN MUFTI SELANGOR ]

Imej
  [ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA TIMBALAN MUFTI SELANGOR ]   10 SEPTEMBER 2020, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Ziarah Mahabbah bersama Sahibus Samahah Dato’ Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Timbalan Mufti Selangor bertempat di Pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor, Tingkat 7, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.   Ziarah Mahabbah ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, selaku Timbalan Setiausaha Agung I BKASM sesi 2019/2020 bersama beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM. Ziarah Mahabbah ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan BKASM bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor di samping meminta nasihat tentang cabaran masa kini di negeri Selangor sebagai persediaan mahasiswa khususnya.   Beberapa nasihat dan pesanan yang telah dikongsikan oleh SS. Dato’ Timbalan Mufti Selangor : 1. Dunia kepimpinan sebenarny...

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI | FASA KETIGA ]

Imej
 [ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI | FASA KETIGA ] 22 MEI - 5 SEPTEMBER 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir berikutan penularan wabak COVID-19 ini.  Alhamdulillah, edaran fasa ketiga kali ini berjalan dengan lancar dengan diwakili oleh setiap wakil rumah sewa ikhwah mahupun akhawat yang masih lagi berada di Mesir. Edaran ini juga melibatkan kawasan sekitar Walidain, Gamek, Bawabat, Sabiek dan juga Darrasah bermula dari tarikh 22 Mei sehingga 5 September 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut.  Firman Allah SWT :  وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ. Maksudnya : "Dan hendaklah kamu berto...

[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ]

Imej
[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, tahun ini Malaysia telah mencapai usia 63 tahun kemerdekaan. Dalam memaknai erti kemerdekaan sebenar kita perlu menelusuri latar belakang sejarah yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu sebagai gambaran identiti yang ada dalam diri kita. Langit sejarah menyaksikan bahawa Islam telah sekian lama bertapak di Tanah Melayu. Dalam beberapa siri versi sejarah, mendakwa bahawasanya Islam telahpun singgah seawal di zaman Saidina Uthman RA. Ketika zaman Saidina Uthman RA, ekspedisi dakwah dihantar sehingga ke China. Tidak ada laluan laut lain melainkan perlu merentasi Selat Melaka. Begitu juga di dalam catatan sejarah yang lain, Islam telah berdiri secara berkerajaan seawal tahun 1300 masihi. Dalam sejarah kejatuhan Islam, kita juga perlu menyedari bahawasanya bangsa melayu pernah memegang obor, jati diri dan pemerintahan Islam yang menggantikan kejatuhan Abb...

[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2013 ]

Imej
[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2013 ] 28 OGOS 2013, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah diamanahkan untuk membantu dalam menguruskan proses Evakuasi Sukarela Rakyat Malaysia 2013 (Ops Piramid II), khususnya bagi mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir. Tanggal 28 Ogos pada tahun 2013 telah berakhirnya proses evakuasi yang telah berjalan bermula pada 20 Ogos 2013. Kepercayaan ini diberikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Selangor pada waktu itu, Ustaz Mohd Farid bin Zainal. Pusat pengumpulan pelajar adalah di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Seramai hampir 300 mahasiswa dan mahasiswi berjaya diuruskan dan dihantar pulang ke Malaysia.  BKASM terlibat secara langsung dalam menguruskan bekalan makanan, pengemaskinian data, dan pengawalan keselamatan. BKASM juga membantu dalam menguruskan tiket kapal terbang serta pengangkutan pelajar ke lapangan terbang. Selain membantu pegawai atase menubuhkan Bilik Gerakan Evakua...

[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR (ILMAM) CAWANGAN SELANGOR ]

Imej
  [ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR (ILMAM) CAWANGAN SELANGOR ] 17 OGOS 2020, ISNIN, SHAH ALAM- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Ziarah Mahabbah bersama Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zainal,  Pengerusi ILMAM Cawangan Selangor dan beberapa orang ahli jawatankuasa ILMAM bertempat di Pusat Pentadbiran ILMAM Cawangan Selangor, Shah Alam, Selangor.  Ziarah Mahabbah ini telah disertai oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Timbalan Setiausaha Agung I BKASM sesi 2019/2020, Ustaz Aiman Syahmi bin Azhari, Bendahari Kehormat BKASM sesi 2019/2020, dan wakil AJKT BKASM. Peringkat ILMAM Cawangan Selangor telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan BKASM yang sudi hadir ke Pusat Pentadbiran ILMAM Cawangan Selangor.  Ziarah Mahabbah ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) den...