CIRI – CIRI SEORANG PENDAI’E
من قال لا إلـه إلا الله
فهو الداعي
Mafhum daripada hadis
ini ialah
“Barang siapa yang
mengatakan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH adalah seorang dai’e”.
Namun adakah kita semua
sedar dan pernahkah terlintas dalam benak pemikiran kita ini bahawasanya kita ini
adalah seorang daie ataupun pendakwah? Justeru adakah kita sedar akan ciri-ciri
yang melayakkan kita ini digelar sebagai seorang dai’e? Seorang daie perlu mempunyai
ciri-ciri yang membezakan diri nya dan juga manusia biasa yang lain. Antara ciri
– cirinya adalah seperti berikut :
- Seorang daie mesti berfikiran luas dan positif.
Hal ini merupakan suatu kewajipan
bagi seorang dai’e kerana secara umumnya seorang pendai’e akan menghadapi pelbagai
dugaan dan cabaran yang pelbagai namun biasanya cabaran mahupun dugaan yang
dihadapi adalah amat memeritkan. Tanpa berfikiran luas dan positif, amat sukar untuk
seorang pendai’e menghadapi dan mengatasi mehnah dan tribulasi yang sentiasa
datang.
- Seorang dai’e mampu berfikir dengan kreatif dan bijaksana.
Hal ini amatlah diperlukan
kerana mad’u kepada seorang pendaie adalah terlalu ramai , justeru bagaimanakah kemampuan pendaie untuk mengaplikasikan
pembawakan yang hendak dibawa kepada madu samada sesuai dengan keadaan mad’u
tersebut.
Firman Allah Taala yang mafhumnya :
“Serulah (manusia)
kepada jalanTuhanmu dengan hikmah dan bijaksana…”
An-Nahl : 125
- Seorang pendaie mestilah seorang bersedia untuk berkorban.
Secara umumnya seorang
dai’e hendaklah bersedia berkorban samada dari sudut harta, jiwa dan segenap kepunyaannya
apabila tiba masanya tidak kira senang mahupun susah demi memastikan rantai perjuangannya selama ini dapat
diteruskan dan kekal dari generasi ke satu generasi.
- Seorang pendaie mestilah seorang yang berjiwa sosial.
Orang yang suka menutup diri (
bersendiri ), bererti dia tidak memiliki jiwa sosial, dan sesiapa yang tidak memiliki
ciri ini, maka dia tidak layak menjadi dari sebahagian pendukung dakwah ini
yang secara umumnya tertegak atas dasar taaruf . Kerana dakwah mesti disebarkan
di masyarakat dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
Inilah sebahagian daripada ciri – ciri yang
mesti ada pada diri seorang daie kontemporari.Ciri- ciri ini sewajibnya dilekatkan
pada diri seorang daie tanpa dilepaskan walau sesaatpun kerana ini diantara
yang membezakanseorang daie dengan manusia yang lain.
“Pelapis Idaman Ummah”
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
Nukilan oleh :
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi
11/12.
Ulasan
Catat Ulasan