Kelas Khat Berkomputer Siri II







Kaherah ,30 Julai 2012- Unit Kesenian di bawah Lajnah Kesenian dan Sukan telah mengadakan Kelas Seni Khat Kufi Berkomputer Siri 2 yang di adakan di Rumah Selangor Haiyu Asyir.

Kelas khat kufi berkomputer ini berkesinambungan daripada kelas khat kufi berkomputer siri 1. Kelainan pada kelas kali ini pihak lajnah turut menjemput BKAN Taakhi dalam menjayakan salah satu pembawakan BKASM iaitu “Bersatu dan Berbakti”. Kelas telah bermula pada pukul 1.15 petang dan telah dihadiri oleh 27 orang peserta dari ahli BKASM dan BKIMM yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat.Tenaga pengajar berpengalaman telah dijemput untuk mengendalikan kelas ini iaitu Ustaz Jurjani bin Hisamuddin.

Pelbagai kemahiran tentang khat kufi berkomputer telah diajar oleh beliau disamping teknik-teknik penyusunan khat kufi yang tepat. Sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli mendorong pihak lajnah untuk meneruskan kelas untuk siri yang seterusnya.

 Kelas khat kufi berkomputer siri 2 berakhir pada pukul 3.30 petang.Harapan yang tinggi daripada pihak lajnah agar kelas ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari sebagai salah satu wasilah untuk menyebarkan dakwah.

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"

Disediakan oleh,
Norul Syamimi Misroni
Setiausaha
Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM | Sesi 2011/2012







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG