Langit Tidak Selalu Cerah
Pintu bilik diketuk.
‘Masuklah, tak kunci pun!’, kata Kasim separuh menjerit.
Kelihatan kepala Wafi terjengul di muka pintu.
‘ Banyak lagi ke nak kena cover? Kau nak aku tolong
apa-apa ke? ‘
‘ Sikit je lagi ni. Kejap lagi habislah. Esok dah kena exam balik.
Fuhh berasap kepala aku! Entah apalah nasib aku, kena dur tahun ni ‘, ujar
Kasim sambil merenggangkan tangannya.
Kasim memandang Wafi kehairanan, meminta penjelasan.
‘ Sebab Allah pandang kau! ‘
Hendak berjaya itu bukan senang. Bila melihat teman-teman
seperjuangan boleh lepas, tapi mengenangkan diri yang terkandas seketika,
pastinya perit. Pahit!
Tapi segeralah buang rasa perit itu. Kerana di sebalik
keperitan itu, Allah akan kurniakan hikmah yang manisnya lebih dari sekilang
madu.
Bila Allah pandang.
Sabar itu kekuatan. Menenangkan.
Redha itu pula, merehatkan.
Seorang sahabat pernah bercerita pengalamannya berdur thani
kepada saya. Katanya, ada senior yang cemburu dengan nasibnya itu. Saya
terpaku. Ada pula jenis manusia yang begitu, cemburu kepada orang yang terpaksa
melalui kesusahan. Seperti tidak kena tempat!
Lantas dia menyambung cerita. Katanya, senior itu cemburu
kerana Allah memandang dirinya. Bayangkan dalam berjuta orang yang ada, sahabat
saya itu terpilih untuk menerima ujian.
Di saat orang lain boleh mula mengemas buku-buku tahun sudah, dia masih
lagi perlu membuka setiap helaian yang ada. Saya kagum padanya. Saya melihat
ada kekuatan dalam dirinya sekarang. Mungkin kerana pengalaman yang mengajarnya
menjadi sekuat itu. The chosen one.
Sebab Allah lebih tahu.
Kita ini jarang-jarang sekali hendak bersyukur. Sudahlah
syukur pun berkira, hendak mencari
hikmah yang tersirat, seperti menunggu kucing bertanduklah jawabnya!
Hakikatnya banyak perkara yang kita tidak tahu, tapi itu
semua rahsiaNya.
Dengan penuh kasih sayang Allah berfirman di dalam al-Quran
mafhumnya,
Mungkin hari ini kita sedih ditimpa ujian, tapi sesuatu yang
kita perlu sematkan dan ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Belajar bukan main susah, siang malam berkepit dengan buku tapi natijahnya
tidak seberapa. Allah tangguhkan kejayaan buat sementara.Terbaik pada pandangan
Allah, itulah yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah padaNya.
Dia Pencipta.
Kita yang dicipta.
Maka Pencipta lebih tahu nasib yang diciptakan.
Peluang kedua.
Ciptalah alat secanggih manapun, masa yang lepas sama sekali
tidak akan beputar kembali. Dan kita akan terus bergerak ke usia seterusnya.
Kata guru saya, peluang pertama memang tidak akan pernah sama dengan peluang
seterusnya. Maka bersungguhlah!
Setiap masa akan ada peluang. Rebutlah selagi peluang itu
ada. Biarlah bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Langit memang tidak akan selalu cerah. Tapi sedarlah,
mendung yang muncul dan hujan yang turun boleh menyuburkan tanaman lain.
Kadang-kadang kita masih kabur, tapi hikmah itu tetap ada!
Hidup ini bukanlah nilainya berpandukan natijah di atas
sehelai kertas. Tapi bagaimana kita berusaha memaknakan keputusan yang kita
peroleh dalam sebuah pentas kehidupan. Dan adakah kita benar-benar orang yang
bersyukur dengan nikmat Tuhan?
“Pasak Keilmuan
Teguh Pemikiran”
“Kita PMRAM”
Nur Nadhira Fadzlin MD HANAFIAH
Ahli Perubatan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 11/12
Ulasan
Catat Ulasan