PROGRAM BAKTI SISWA
Padatarikh
15 Julai 2012 hingga 17 Julai 2012, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
telah melaksanakan Program Baktisiswa Al-Azhar (PengenalanPengajian di Mesir)
untuk para pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram bertempat di Kem Mega Krystal , KualaSelangor.
Program ini diketuai oleh Ustaz Mohd Fakhrul Arif bin Madzlan selaku pengarah yang turut dibantu ahli jawatankuasa yang lain. Program ini dikhususkan kepada pelajar tingkatan enam yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) . Ini merupakan salah satu pendekatan yang dikehadapankan untuk memberi pencerahan kepada mereka tentang sesi pembelajaran dan cara hidup di Mesir. Ia juga merupakan salah satu objektif yang ingin dicapai .

Selain itu , objektif utama ialah ingin menanamkan minat untuk menyambung pelajaran ke Mesir serta memberi kefahaman sebenar tentang Mesir .
Untuk itu , beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya adalah slideshow tentang Mesir
yang berkaitan Universiti Al-Azhar , mengedarkan pamphlet berkaitan Universiti
Al-Azhar dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) . Satu modul telah diadakan untuk mengetahui kecenderungan pelajar-pelajar ini.
Dengan kehadiran seramai
34 orang pelajar , respon yang diterima daripada program yang
dilaksanakan amat memberangsangkan sekali pun pelajar-pelajar ini mengetahui cabaran
yang perlu dihadapi untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir . Pihak AJK pelaksana program amat mengharapkan usaha ini dapat menggalakkan lagi kedatangan pelajar-pelajar baru ke Mesir .
Disediakan oleh,
Siti Maryan
bt Sapiny
Unit
Tugas-tugas Khas,
Program
Baktisiswa Al-Azhar,
Ulasan
Catat Ulasan