Sekali Rebah Tidak Mesti Jatuh Selamanya
Firman Allah SWT:
”Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan
tambahkan nikmatKu padamu, dan sekiranya kau Kufur maka azabKu amatlah pedih”
Tanggal 10 September 2007, tibalah saya di bumi mulia yang
saya impikan selama ini. Saya telah memasang tekad untuk berada di bumi ini
selama 4 tahun sahaja. Alhamdulillah doa saya diperkenankan olehNya yang Maha
Kuasa. Dalam kegembiraan nikmat yang saya perolehi, satu saat saya telah diuji
dengan ujian yang tidak dijangka sama sekali, saya telah kehilangan orang yang tersayang.
“Inna lillahi wainna ilaihi roji’un”. Ya Allah!, waktu inilah saya imbau
kembali Kalamullah yang sentiasa meniti dibibir Azhariyyun…. “Adakah kamu
menyangka kamu beriman jika kamu tidak diuji”.
Sahabat-sahabat
seperjuangan,
Salah
satu perkara yang paling ditakuti oleh kita selaku Mahasiswa Al Azhar adalah
“GAGAL!”. Apakah kita mampu berdepan dengan kenyataan ini? Setiap manusia
menginginkan kejayaan dalam kehidupan mereka, tapi apakan daya itulah yang
tercipta buat sementara. Saya selalu memotivasikan diri saya dan
sahabat-sahabat saya: “ kalau kita tengok natijah kita yang rasib, sampai
bila pun kita akan sedih dan terus berputus asa, tapi cuba kita tengok
kemampuan kita untuk lulus 9 daripada 13
madah..”
Ikhwah
dan akhawat sekalian,
Mungkin saya tidak pernah merasai kegagalan semasa di sana,
tetapi ingatlah sahabat-sahabat, kejayaan bukan diukur di atas kertas
peperiksaan sahaja, tetapi bagaimana
kita memanfaatkan ilmu yang ada. Ingat sahabat-sahabat, jangan sesekali kalian
meletakkan diri kalian sebagai golongan I’ADAH, tetapi letakkan diri anda
sebagai MUSTAJIDDAH walaupun ianya menyukarkan tapi kalian JANGAN MUDAH REBAH!. Dalam
Kitab yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud: “ Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal itulah yang
terbaik buatmu, dan apa yang kamu sukakan itu padahal itulah yang tidak baik
buatmu..”.
Ingatlah sahabat-sahabat, manusia mempunyai seketul hati yang
sifatnya sentiasa berbolak-balik. Bardosa besarlah kita seandainya kita
tergolong dalam golongan yang bersangka buruk dengan Allah SWT. Jadikanlah
ujian ini sebagai batu loncatan untuk kita lebih Taqarrub kepadaNya. Saya ingin
berkongsi satu kata-kata hikmah yang saya peroleh dari salah seorang sahabat,
katanya: “Dekat mesir ni ada dua perkara sahaja yang perlu kita tahu,”:
Pertama: Tidak semestinya golongan yang gagal
itu disebabkan mereka kurang berusaha.
Kedua: Ingatlah pada golongan yang berjaya, sebenarnya anda berada di dua
persimpangan, samada anda berjaya dengan KEBERKATAN atau kejayaan anda disusuli
KEMURKAAN.
Untuk akhirnya, tiada manusia di muka bumi Allah ini mahukan
kegagalan dalam hidup mereka, tetapi KEJAYAAN tidak mustahil untuk digenggam
bersama. Ingatlah sahabat-sahabat, kalian bukanlah golongan yang gagal, tetapi
KEJAYAAN kalian masih ditunda. Ianya akan tiba pada saat dan ketika yang telah
ditetapkan olehNya, InsyAllah Biiznillahi Ta’ala.
"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"Bersatu Bersama Ukhuwah"
Ustazah Mimi Kartini Suid
Ahli Setia
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir .
Ulasan
Catat Ulasan