Tarbiah Yang Hebat Punya Matlamat

   SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.
            
        Sungguh mulianya Nabi Allah Muhammad SAW sehingga baginda digelar Al-Amin (seorang yang cukup amanah). Bahkan dalam agama lain termasuk orang-orang Yahudi dan Nasrani ada menyebut dalam kitab-kitab mereka dengan gelaran Ahmad kepada Nabi SAW.Mulianya Nabi SAW sehingga orang yang bukan islam turut memberi gelaran untuk nabi junjungan kita Muhammad SAW .
           
        Manakala bagi penduduk langit pula,mereka menggelar Nabi kita dengan gelaran Sayyidul Qaunain ( penghulu dan pemimpin setiap lapisan alam) . Diceritakan oleh Anas bin Malik ketika Nabi diambang sakaratul maut, Nabi dikunjungi oleh dua orang malaikat. Iaitu Malaikat Jibril dan  Malaikat Maut (izrail).Nabi bertanya kepada Malaikat Maut” wahai malaikat maut adakah engkau datang pada hari ini atas perintah Allah untuk mencabut nyawaku. Malaikat tidak menjawab tetapi dia mengambil kesempatan untuk mengatakan “wahai Nabi Allah yang paling mulia aku bersyukur pada hari ini. Sudah lama aku menanti saat ini akhirnya Allah makbulkan permintaanku” Nabi agak terkejut kerana pada saat itu baginda dalam keadaan sangat tenat. Kata Malaikat Maut lagi, “ mulia sungguh dirimu wahai kekasih Allah. Wa anta Sayyidul Qaunain, wa anta Sayyidul Qaunain, wa anta Sayyidul Qaunain”.
        
        Banyaknya gelaran buat baginda kerana mulianya Nabi yang bernama Muhammad SAW. Seperti mana mulianya Bulan Ramadhan yang mempunyai banyak nama . Bahkan ada ulama yang menyebut Bulan Ramadhan itu Bulan Tarbiah. Bila kata bulan tarbiah atau pendidikan. Siapa yang mendidik siapa yang dididik? Siapa yang mentarbiah, dan siapa yang ditarbiah?   Yang mentarbiah itu adalah Islam. Manakala yang ditarbiah itu adalah umat islam. Bila mana Islam yang mendidik dan mentarbiah bermakna yang mendidik dan mentarbiah kita di Bulan Ramadhan adalah Allah SWT dengan pensyariatan Islam itu sendiri.
        
         Kalau kita buka dalam kitab- kitab feqh yang banyak disyarah atau yang menjadi perbahasan ulama, tiada ulama yang menyebut bulan puasa seperti mana yang kita sebut. Kerana  yang ada dalam  Bulan Ramadhan itu bukan ibadah puasa sahaja, bahkan puasa itu adalah satu juzuk daripada juzuk-juzuk ibadah dalam Bulan Ramadhan. Bila sebut puasa makanya mereka ingat yang istimewanya Bulan Ramadhan ini puasa kemudian berbuka. Maka akhirnya Ramadhan tersebut tiada yang dibawa bersama-sama mereka kebaikan melainkan hanyalah lapar dan dahaga sahaja.
            
        Ulama menyebut Allah meletak matlamatNya yang perlu kita buru dan kita capai dalam Bulan Ramadhan. Sama seperti kita buat suatu program .Kita pastinya ada matlamat yang nak kita capai dan pengakhirannya pasti kita letakkan post mortem atau muhasabah progam sebagai pengukur.Jika program yang kita laksanakan tidak mencapai sasaran atau matlamat bermakna keseluruhan program kita telah gagal. 
Firman Allah di dalam Al-Quran yang berbunyi:
يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب علي الين من قبلكم لعلكم تتقون.
“Wahai orang-orang yang beriman! telah difardhukan ke atas kamu berpuasa seperti mana difardhukan kepada  orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:2:183)
                
        Yang meletakkan matlamat itu bukan manusia tetapi Allah. Apa matlamat yang Allah nak kita  capai, ia adalah ketaqwaan. Kerana itu  Allah tidak meletakkan pasti bertaqwa tetapi Allah meletakkan mudah-mudahan kamu bertaqwa. Perkataan mudah-mudahan itu maknanya belum pasti. Matlamat yang Allah nak kita capai dan buru adalah ketaqwaan. Makanya bila tidak mencapai ketaqwaan yang digariskan oleh Allah maknanya kita yang gagal merancang dan merebut peluang yang Allah beri kepada kita selama sebulan.
               
         Kerana itu Imam Al- Ghazali pernah menyebut, anak kunci pintu syurga ada tiga benda. Pertama rahmat . Kedua , keberkatan dan keredhaan dan yang ketiga adalah ketaqwaan. Kata Imam Al-Ghazali 3 perkara ini adalah anak kunci pintu syurga Allah.  Allah bagi peluang untuk kita buru anak kunci pintu syurga Allah. Allah bagi ruang untuk kita gapai anak kunci pintu syurga Allah waktu kita duduk atas muka bumi Allah. Mana mungkin kita boleh bercita-cita menjadi penghuni syurga Allah sedangkan kita tidak punya kunci pintu syurga Allah. Mana mungkin kita berangan –angan menjadi tetamu syurga Allah sedangkan kita tidak miliki kunci pintu syurga Allah.

         Bersama kita renung dan ambil peluang dan ruang di mana kita masih punya hayat dalam bulan yang paling mulia iaitu ‘RAMADHAN KAREEM’. Yang mana belum tentu kita semua sampai kepada RAMADHAN yang akan datang. Waallahu a’alam. 

NURUL SAADAH MOHD RAMDZAN
Timbalan Bendahari Kehormat
BKASM 2011/2012 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG