MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BERSAMA EXCO NEGERI SELANGOR SESI 11/12
JUMAAT 7 SEPTEMBER 2012,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa
Mesir (ILMAM) dan JAIS telah menganjurkan sebuah Majlis Kesyukuran dan Doa
Selamat bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bakal melanjutkan pengajian
di bumi Mesir.Majlis telah diadakan di Masjid Ubudiah Seksyen 19,Shah Alam.
Majlis
bermula sekitar jam 6.45 petang dengan sesi pendaftaran daripada para
pelajar.Seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada pengajian islam,perubatan
dan qiraat yang telah berdaftar.Majlis kemudian dimulai dengan solat maghrib
secara berjemaah dan diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada YB Dr Abd Rani
Osman.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin dan doa selamat
yang diketuai oleh Ustaz Muhd Khairullah Hashim,mahasiswa jurusan bahasa arab
Al-Azhar,Kaherah
Majlis diteruskan dengan sesi taklimat ke
Mesir yang disampaikan oleh pengarah program Ustaz Muhammad Bazli Badarudin.Selepas
itu para hadirin di hidangkan dengan sedikit tayangan video yang telah
disediakan oleh pihak pelaksana program.Majlis kemudian berhenti rehat dan
solat isya’ secara berjemaah.
Setelah selesai solt isya’,majlis
bersambung dan diserikan lagi dengan ramah mesra dan sesi soal jawab pelajar
dan ibubapa bersama wakil daripada ILMAM,BKASM dan PERUBATAN yang diwakili oleh
Ustaz Mohd Firdaus Madzlan,Ustaz Muhammad Salihin Abdullah dan Dr.Amir Syahid.
Kemuncak
majlis penutupan telah diakhiri dengan ucapan dari pengerusi ILMAM Ustaz Farhan
Madzlan dan YB Dr.Halimah Ali selaku wakil Exco Negeri Selangor,Pengerusi Tetap
Pendidikan,Pendidikan Tinngi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.Antaranya intipati
ucapan YB Dr. Halimah Ali adalah:
"Saya mengucapkan tahniah kepada
BKASM dan ILMAM kerana bersungguh-sungguh dalam membantu mahasiswa baru demi
meneruskan pembelajaran mereka disana."
"Saya percaya anak-anak mampu mengolak langkah menerusi perjuangan
para anbiya'.Saya juga percaya adik-adik berjaya mengarungi selok belok
rintangan dan cabaran yang berada di sana,anda mampu menjadi orang yang
hebat."
Majlis diakhiri dengan penyampaian
cenderahati kepada tetamu dan ditangguh dengan bacaan tasbihkafarah dan surah Al-Asr.Sebelum bersurai majlis menjemput
ibubapa dan para pelajar ke tempat jamuan yang telah disediakan.Daripada
maklumat yang diterima,insyaallah para pelajar bakal berlepas ke bumi Mesir
pada akhir September ini.
“Pasak
Keilmuan Teguh Pemikiran”
Mohd
Iqbal Atan
Setiausaha,
Majlis
Kesyukuran dan Doa Selamat,
Bersama
Exco Negeri Selangor,
Badan
Kebajika Anak Selangor
Sesi
11/12
Ulasan
Catat Ulasan