MAKLUMAT PEMBUKAAN USUL BERTULIS BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-37, BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR
Assalamualaikum wbth..
Sukacitanya
dimaklumkan bahawa Jabatan Setiausaha Agung Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2011/2012 dengan ini membuka Usul Bertulis kepada
semua ahli BKASM bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) BKASM kali ke-37 yang
akan diadakan pada 19 September 2012 akan datang.
Usul merupakan suatu cadangan daripada ahli sesebuah organisasi untuk dilaksanakan pada sesi pentadbiran yang akan datang. Setiap ahli BKASM mempunyai hak untuk mencadangkan usul pada setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) diadakan. Setiap usul yang dicadangkan perlu mempunyai matan yang lengkap dan akan dibawa kepada perbincangan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2011/2012 untuk diterima supaya dapat dibahaskan dalam MAT.
Sekiranya usul diterima pada peringkat AJKT BKASM untuk dibahaskan dalam MAT, maka pencadang usul tersebut dikehendaki membentang dan mensyarahkan matan usul yang telah dicadangkan. Usul yang dibahaskan perlu mendapat persutujuan majoriti ahli BKASM yang hadir dalam MAT. Setelah usul diluluskan, kepemimpinan BKASM sesi 2012/2013 bertanggungjawab untuk melaksanakan usul tersebut dengan sebaik mungkin.

Tempoh
penghantaran Usul Bertulis adalah bermula pada 13 September 2012 sehingga
jam 12.00 tengahari pada 18 September
2012.
Usul tersebut
boleh terus di hantar ke Pejabat Pentadbiran BKASM atau melalui alamat
Email Rasmi BKASM : dems2u_bas@yahoo.com
Usul yang dihantar selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan
tidak akan diterima.
“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
Saya yang menurut perintah,
ABDUL NAAFIQ TAQIUDDIN BIN MOHD ROSLAN
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2011/2012.
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2011/2012.
Ulasan
Catat Ulasan