Program Bakti Siswa Al-Azhar Mesir Di SAMT Batu 38 mendapat respon yang menggalakkan




RABU,5 SEPTEMBER ,Setelah berpenat menjalankan program di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin Kampung Jawa Klang, kini Kru Bakti Siswa Mesir 2012 di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2011/2012 sekali lagi mengadakan program di Sekolah Agama Menengah Tinggi Batu 38 Sabak Bernam.Seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar Mesir turut serta dalam menjayakan program kali ini.

            Program dimulakan dengan persiapan dewan oleh semua ahli jawatankuasa program.. Tepat jam 8.30 pagi, kehadiran tetamu kehormat iaitu Ustaz Norman Abdul Rahim sebagai Guru Penolong Kanan SAMT BT 38 dan perasmi program ini,diiringi oleh pemangku pengarah program bakti siswa Mesir, Ustaz Mohd Ikrami Daim dan Ustazah Siti Farhani Ahmad Fuad sebagai timbalan pengarah II.

            Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.Seramai 42 orang peserta dapat dikumpulakan yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.Diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Ustaz Norman Abdul Rani Guru Penolong Kanan SAMT BT 38 selaku perasmi program pada hari tersebut.

       Kemudian,para pelajar disajikan dengan slideshow pengenalan daripada BKASM,PMRAM dan PERUBATAN. Tepat jam 9.45 pagi diteruskan pula slot pengisian pertama iaitu “Islam dan Al-Azhar” (Pengenalan Awal Mesir dan Pengajian di A-azhar), bersama Ustaz Husnaini Mongin, graduan mahasiswa Al-Azhar.

            Slot ini diselangi dengan sesi soal jawab bersama pelajar sekolah yang terlibat. Secara langsung, respon yang diberikan oleh mereka sama ada lelaki atau perempuan sangat baik yang telah diajukan kepada pengisi. Bagi menghormati majlis,diteruskan dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Ustaz Husnaini Mongin.

Program dijayakan lagi dengan slot “Hati ke hati” berbentuk GKB 1 (Gerak Kerja Berkumpulan)  bagi menguji fokus atau tumpuan pelajar terhadap pengisian yang telah dibentangkan sebentar tadi. Beberapa kumpulan telah dibahagikan.Tepat 11.00 pagi,berakhirlah GKB 1 dan pelajar diberikan waktu untuk berehat.

            Kemudian diteruskan lagi program Bakti Siswa dengan slot II iaitu slot “Pengenalan BKASM, PMRAM dan PERUBATAN” yang dibarisi dengan ahli panel antaranya adalah Ustaz Mohd Ikrami Daim, pemangku pengarah program sebagai wakil Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM , Ustazah Siti Farhani Ahmad Fuad, Timbalan Pengarah II program sebagai wakil PMRAM serta Dr. Ummi Sakinah Abd Kadir, mahasiswa tahun 5 Universiti Cairo, selaku wakil PERUBATAN Mesir.Slot ini dikendalikan oleh  Ustaz Asraf Alias selaku moderator slot.Pelbagai soalan diajukan kepada ahli panel demi memahami peranan bagi setiap persatuan di Mesir.Apabila berkahirnya slot II,diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Ustaz Abdul Rahim Abd Latif kepada ahli panel tersebut.

            Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama. Pada jam 1.30 petang majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.


“Mesir : Bumi Anbiya,Nadi Ulama”
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”


Yang menjalankan tugas,


ABDUL RAHIM ABD LATIF
Setiausaha,
Program Bakti Siswa Mesir (Pengenalan Pengajian di Mesir),
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2011/2012.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG