Selamat Datang Buat Mahasiswa Baru Selangor ke Perlembahan Nil



Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM)mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru Selangor ke bumi Mesir serta mengucapkan Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum, kehadiran antum telah menyemarakkan serta menyerikan lagi medan dakwah dan pentarbiahan ilmudi bumi Mesir ini.Syukur kepada Allah SWT di atas keizinannya kita masih memiliki komitmen dan istiqamah untuk bersama dalam perjuangan islam yakni menuntut ilmu di bumi mesir ini.

BKASM sebagai gerakan mahasiswa islam Selangor Mesir merasa bertanggungjawab bagi melahirkan generasi ulama ’ wal umara’ yang suatu hari nanti akan bergerak dan berbakti kepada ummah khususnya di Selangor. BKASM optimis bahawa generasi anak muda (mahasiswa baru Selangor) ini akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia kelak apabila mereka berpegang teguh kepada prinsip islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat.

“Kehadiran mahasiswa baru ke bumi mesir umpama satu binaan jambatan (dakwah) yang bersambung saling melengkapi dan mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara(hati-hati) pejuang ilmu  Allah di perlembahan Nil ini” semoga kita semua terus thabat dalam satu bahtera gerakan mahasiswa Islam Mesir iaitu BKASM dan PMRAM.

Secebis ingatan buat renungan bersama, barang siapa mencari dunia maka kematian akan mencarinya sehingga dia dikeluarkan dari dunia ini, dan barang siapa yang mencari akhirat maka dunia akan mencarinya sehingga dia berjaya mendapatkan rezeki daripadanya. ikhlaskan niat setiap waktu, agar ketenangan menyelubungi jiwa…

Cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki ilmu cinta dan kasih Allah sesama makhluknya, dirinya umpama bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua.

Terima kasih dan penghargaan buat kerajaan Negeri Selangor, MAIS, JAIS, ILMAM Selangor,Pejabat HEP Selangor Mesir, PMRAM dan Unit Sambutan  Mahasiswa  Baru Selangor(USMB) 2012 di atas kebajikan dan komitmen bagi memastikan kesinambungan (pewaris anbia’) mahasiswa baru Selangor ke bumi Mesir..

Semoga usaha dan kerjasama ini dapat memperkuhkan lagi hubungan baik Kerajaan  Negeri  Selangor dan BKASM selaku persatuan gerakan mahasiswa Islam Selangor Mesir yang diiktiraf Kerajaan Negeri Selangor. Semoga usaha ini diterima ALLAH SWT sebagai amal soleh.

Salam ukhwah, Wassalam.

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
 MOHD SAIFULLAH BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2011/2012.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG