Dakwah Kontemporari V4 2012 melahirkan generasi kontemporari



KHAMIS,1 November 2012 – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan satu program mega iaitu Dakwah Kontemporari V4 bertempat di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis. Program ini merupakan salah satu program mega tahunan BKASM. Seramai 250 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada 114 orang peserta ikhwah manakala selebihnya 136 orang peserta akhawat.

Dakwah Kontemporari V4 pada kali ini bertemakan “Siasah Syar’iah Peneraju Daulah”. Antara objektif yang cuba diketengahkan pada kali ini ialah memberi kefahaman tentang fiqh daulah selain daripada memberi penerangan berkaitan pelaksanaan undang-undang Islam yang sebenar.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi bagi pendaftaran para peserta. Majlis diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh, Badan Pengurus Angkat PMRAM cawangan Selangor dan Ustaz Abd Mun’im bin Abd Sukor Yang diPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM). Sejurus tamat majlis perasmian,majlis diteruskan lagi dengan slot yang pertama iaitu slot pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Yahya yang bertajuk “Negara Islam (Peluang dan Ancaman) dan Rasional Pelaksanaan Hudud.”

Seterusnya, program bersambung pada jam 11.40pagi dengan slot yang kedua yang disampaikan oleh Ustaz Kamarulzaman Muhammad dengan tajuk “Peranan Gerakan Islam dan Cara Pemilihan Pemimpin”.Program ditangguhkan sementara waktu sejurus tamat slot yang kedua bagi memberi laluan kepada para peserta untuk solat dan makan tengah hari. Seusai solat dan makan tengah hari program disambung lagi dengan slot yang terakhir iaitu slot pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Mahasiswa Mesir : Agen Perubah,Pembinaan Daulah” yang disampaikan oleh Ustaz Farkhan Md Zin. Ketiga-tiga pembentang kertas kerja semuanya didatangkan khas dari Malaysia. Program ditangguhkan pada jam 4.15petang.

Pada sebelah malam pula majlis diteruskan lagi dengan majlis penutupan program Dakwah Kontemporari V4 oleh Ustaz Ahmad Nur Wafi bin Nur Azri Naib Presiden II PMRAM 2012.Majlis disambung dengan acara kemuncak iaitu Forum Perdana yang bertajuk “Hakikat Pejuang dan Perjuangan”. Moderator pada malam itu ialah Ustazah Siti Aisyah Ismail Yang Dipertua II BKASM sesi 212/213 bersama empat orang ahli panel jemputan iaitu Ustaz Azhar Yahya, Ustaz Nurul Islam, Ustaz Farkhan Md Zin dan Ustazah Nurul Hasanah Yahuza Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2012. Forum selesai pada jam 11 malam.

Berakhirnya forum perdana pada malam itu maka berakhirlah program Dakwah Kontemporari V4 pada tahun ini. Secara keseluruhannya program mendapat sambutan yang baik oleh para peserta. Segala perancangan yang dirancang telah kami usahakan dan laksanakan sebaiknya. Akhirnya dari kami agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan program ini juga dapat menambahkan thaqafah ahli selari dengan pembawakan BKASM pada sesi kali ini ‘Pengukuhan Thaqafah dan Akademik’.
Sekian, terima kasih.


AHMAD JURJANI BIN HISHAMUDIN
Setiausaha,
Dakwah Kontemporari V4,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
Sesi 2012/2013.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG