BKASM turun membantu ahli yang ditimpa musibah
KHAMIS 10
Januari – Badan kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah
Lajnah Kebajikan BKASM 12/13 telah memberi sumbangan kepada wakil rumah ustaz
Abdullah Shahrul bin Rosli , dan ustaz Mohd
Redzuen b Samsudin yang ditimpa musibah baru-baru ini. BKASM mengambil
inisiatif untuk mengutip derma di setiap
rumah ahli bagi membantu memberi sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah.
Alhamdulillah hasil kutipan tersebut,amat memberangsangkan hasil daripada
kerjasama semua peringkat.
Dalam melestarikan
pembawaan pada tahun ini “Bersatu Berkebajikan”,Badan Kebajikan Anak Selangor
Mesir (BKASM) bertungkus lumus dalam menjaga kebajikan ahli dengan
sebaiknya.BKASM mengharapkan kepada
semua ahli agar turut cakna bersama menjaga kebajikan anak Selangor yang berada
di perlembahan nil ini.Semoga Allah membalas jasa kalian.
“Bersatu Berkebajikan “
“Pasak Keilmuan
Teguh Pemikiran”
Muhamad Hafiz Naim
Raduan
Ketua Lajnah
Kebajikan
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
M
Ulasan
Catat Ulasan