FORUM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH SAW MENDAPAT SAMBUTAN YANG LUAR BIASA DARI BIASA
JUMAAT,25 JANUARI 2013, Lajnah Dakwah dan Tarbiah
dibawah Taakhi ZON D (PMRAM cawangan Selangor, Melaka, Pahang dan Tanta ) telah
mengadakan sebuah forum bersempena
dengan sambutan Maulidur Rasul yang dinamakan sebagai Forum Lantunan Mahabbah
Rasulullah S.A.W dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selepas solat
isya'.Antara panelis forum tersebut adalah Ustaz Mohammad Zuhdi Bin Md . Piah
(Graduan Mahasiswa Al-Azhar Mesir),Ustaz Mohd Bazli Bin Badaruddin (JATA
PMRAM),Ustaz Abd. Nafi' Taqiuddin Bin Roslan (BP Badan Pendidikan dan
Komunikasi Bahasa PMRAM 2012) dan saudara Adha Fahmi (Moderator).
Forum tersebut bertemakan
tajuk "Ibrah Min Fiqh Sirah".Selain itu, pengajaran
yang ditekankan kepada hadirin yang dating berkaitan ibrah sebenar daripada
peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW. Pelbagai lapisan ahli samada mahasiswa
baru mahupun yang lama turut hadir khususnya
Taakhi Zon D.
Antara objektif perlaksanaan
daurah kitab ini ialah :
1.
Melahirkan ahli yang mengenali baginda Nabi
Muhammad SAW dan memupuk semangat
cinta akan perjuangannya melalui sirah
baginda SAW.
2.
Melahirkan ahli yang mengamalkan konsep "
buah ilmu adalah amal " iaitu dengan cara
mengamalkan sunnah baginda pada
setiap aspek kehidupan seharian.
Program
ini telah berjalan lancar sehingga ke penghujungnya. Pihak penganjur
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PMRAM Taakhi Zon Dyang bertungkus lumus dalam menjayakan
program ini sehingga ke akhirnya.Semoga hubungan yang telah terbina terus erat
kita kukuhkan dan pertahankan bersama.
“Memartabat
Keilmuan Memimpin Kesatuan”
“Kita
PMRAM”
Ahmad Rabbani Ismail
Pengarah,
Forum Lantunan Mahabbah
Rasulullah SAW,
PMRAM Taakhi Zon D.
Ulasan
Catat Ulasan