Wasilah Dakwah Menerusi Teknologi:Kursus Adobe Photoshop LPP
22 Januari 2013,Selasa.Kaherah-Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Unit Kelab LPP,Lajnah Penerangan dan
Penerbitan pada sesi kali ini telah mengadakan satu kursus adobe
photoshop.Kursus ini diadakan secara tertutup dan lebih memfokuskan kepada Unit
Penerbitan dan Informasi setiap Lajnah.
Kursus ini bertujuan untuk
mengasah kemahiran AJK Unit
Penerbitan dan Informasi setiap lajnah untuk membuat iklan agar lebih menarik
dan bertaraf Mahasiswa.Selain itu ia bertujuan untuk menghasilkan iklan yang
menepati piawaian PMRAM disamping meningkatkan mutu dan kualiti iklan.
Kursus berlangsung seawal jam 8.30pagi
dan para peserta mula memenuhi ruang di Musolla Darul Ehsan.Sebelum kursus
bermula,Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan sebagai Ketua Lajnah Penerangan dan
Penerbitan BKASM sesi 2012/2013 telah memberikan sedikit ucapan dan harapan
beliau.Beliau mengharapkan bahawa melalui kursus ini,para peserta dapat
menyumbang kepada islam dan menjadikannya sebagai satu medium dakwah yang
seiring dengan zaman.
Sepanjang pengendalian kursus,para peserta diisikan dengan kupasan yang
mendalam mengenai adobe photoshop oleh seorang pengisi yang berkemahiran tinggi
di dalam bidang ini.Beliau tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Shahrul Akbar b
Mohd Tahir.
Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi,iaitu sesi pengenalan adobe
photoshop dan penerangan etika mengenai iklan pada waktu pagi.Manakala sesi
kedua,selepas zohor adalah sesi latihan untuk membuat design wallpaper
maulidurrasul.
Para peserta memberikan respon yang baik sepanjang kursus.Semua karya
wallpaper maulidurrasul yang dibuat akan dimasukkan ke dalam facebook Unit
Penerbitan dan Informasi sebagai paparan umum dan dua yang terbaik akan dimuat
turun ke dalam facebook rasmi BKASM Bersatu Berbakti sebagai tanda penghargaan.
Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
telah menyampaikan cenderahati kepada
pengisi Ustaz Shahrul Akbar b Mohd Tahir sebelum menamatkan kursus pada hari
tersebut.Kursus berakhir tepat pada jam 3.00 petang.
Sekian,wallahua’lam
“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
Yang Menjalankan Tugas,
Nur Hazwani bt Mastro
Timbalan Unit Kelab LPP
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013.
Ulasan
Catat Ulasan