Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

TINTA JUMAAT (UBATILAH HATIMU)

Imej
    Hanya seorang hamba yang benar-benar merasai sifat kehambaannya kepada ALLAH akan menjaga hatinya.Hati tempat berhubung antara seorang hamba dengan pencipta.Ia perlu dijaga dan dicuci sekerapnya agar ALLAH senang menyentuh hati hambaNYA.Seumpama sebuah gelas yang sudah berhabuk,apabila dituangkan kedalamnya air,air itu tetap berubah menjadi kotor. Bagi mendapatkan air yang bersih,gelas itu perlu dibasuh terlebih dahulu,kemudian isilah dengan air.Pasti hasilnya air itu jernih.Begitu juga dengan hati kita,apabila sudah bercampur dengan penyakit dan dosa,jika hendak terus mengamalkan kebaikan,amat sukar untuk hati itu untuk menerimanya dalam keadaan ianya masih sakit.Hakikatnya,cucilah hati itu dan ubatilah ia,pasti ia akan memantulkan sinar iman dan biasan taqwa yang luar biasa. Mafhum hadith Rasulullah s.a.w bersabda: “Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging,jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya,dan apabila ia buruk maka burukl...

TINTA JUMAAT (ISLAM MENGUBAH ARAB)

Imej
       Disebutkan di dalam Fiqh Sirah karya Syeikh Said Ramadhan Al Buti,mengapakah Islam diturunkan di Tanah Arab yang tidak bertamadun,tiada pembangunan? Walhal di sekitarnya Parsi dan Rom,2 kuasa besar dunia yang agung ketika itu.Jawapannya mudah,kerana Allah s.w.t ingin menunjukkan kepada hambanya bahawa Islam adalah penyelesaian.        Bangsa arab ketika jahiliyyah mereka,seperti bangsa yang tiada budi pekerti.Bunuh sana sini,merompak menganiaya,berperang sesama sendiri telah berubah menjadi bangsa yang menawan 2/3 dunia.Semuanya kerana Islam.      Dari akal budi yang sebelumnya rendah dan tidak terkenal,dalam masa hanya seperempat abad,telah terbit rijal-rijal yang umpama bintang di malam hari.Dalam seperempat abad,tersusun seluruh Tanah Arab.Dalam setengah abad,tumbang kekuasaan kerajaan Parsi dan Rom.Dalam tiga perempat abad,menyeberang ke Semenanjung Iberia,tanah Andalusia.Dalam satu...

SMILE’13:KEMBARA SYITA’ DAMIETTA

Imej
              Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah ke bumi Dumyat berkesinambungan daripada hari keluarga siswi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir , Simulasi Ukhuwwah Siswi (SMILE ’13) pada 20hb Februari 2013 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1434H.               Seramai 143 orang siswi dan 7 orang barisan musyrif dari kalangan mutazawwijin dan musyrif dari Dumyat bersama menjayakan Kembara Syita’ Damietta ’13. Pendaftaran dibuka kepada peserta di maktabah dan seterusnya dibahagikan untuk tempat duduk di bas berdasarkan senarai kumpulan yang telah ditetapkan.Permusafiran ke bumi Dumyat dimulakan dengan solat sunat musafir dan solat sunat hajat. Perjalanan ke          Dumyat bermula pada pukul 2.15 pagi dari Hayyu Asyir, Kaherah dan dimulakan dengan bacaan doa oleh musyrif didalam setiap bas dan perja...

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA RED GIANTS PMRAM CAWANGAN SELANGOR

Imej
Pada 10-12 Februari yang lalu, telah berlangsungnya satu kejohanan bola sepak anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir  yang dinamakan Piala Malaysia(MASCUP ’13) yang bertemakan ‘SATU PIALA, SATU PERJUANGAN’. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dibawah Lajnah Kesenian dan Sukan telah menghantar satu pasukan yang terdiri dari 2 orang pegawai dan 13 orang pemain untuk sama-sama merebut satu piala yang diimpikan bersama-sama 24 pasukan yang lain yang terdiri dari seluruh BKAN  dan DPM. Pasukan ‘Red Giants’ diundi didalam kumpulan D bersama-sama pasukan dari Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Mansourah dan Zaqaziq. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua ahli pasukan membuahkan hasil yang berharga apabila layak ke pusingan suku akhir bersama-sama pasukan dari Mansourah. Di peringkat suku akhir, pasukan Selangor berentap dengan pasukan Kedah di mana masa permainan ditambah kepada 10 minit separuh permainan.berbanding sebelum ini di peringkat kumpulan yang menggunaka...

GRANDS’13 BKASM MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Imej
KAHERAH, 19 Feb 2013 – Grand’s atau nama lainnya “Gathering Together With Selangorians 2013” adalah satu nama bagi Sambutan Hari Keluarga khas untuk anak-anak Selangor Ikhwah di perlembahan Nil ini yang telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 16, 17 dan 18 Febuari 2013. Sambutan Hari Keluarga pada kali ini amat menggalakkan berbanding tahun-tahun yang lepas dengan pendaftaran peserta seramai lebih kurang 150 orang dari Kaherah dan wakil Muhafazoh. Untuk pengetahuan semua, ini adalah julung-julung kalinya Hari Keluarga dilaksanakan di Ain Sukhna, iaitu di sebuah kawasan pantai Meditrranean yang terletak kira-kira 100 Kilometer daripada Kaherah. Tempat tersebut juga merupakan antara penarik kepada ahli untuk menyertai Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini. Program dimulakan pada malam hari pertama dengan diskusi kitab yang bertajuk “Taakhi Baina al-Muslimin” karangan Doktor Ragib al-Sarjani yang dipimpin oleh saudara Mohd Qutaibah b. Mohamed, merupakan Badan Pengurus ...

BKASM TURUN PADANG KE RUMAH MUTAZWWIJIN

Imej
SABTU,2 MAC 2013 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 yang diwakili Ustaz Abd Mun’im Abd Sukor Yang Di-Pertua BKASM sesi 2012/2013 turun padang ke rumah Ustaz Muhd Bazli Zakaria sekeluarga (Baitul Muslim Cawangan Selangor) di Hayyu Sabiek.Sedikit cenderahati diberikan kepada Ustaz Muhd Bazli Zakaria sekeluarga sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak PMRAM cawangan Selangor. Kepimpinan BKASM sesi 2012/2013 mengucapkan tahniah kepada Ustaz Muhammad Bazli Zakaria sekeluarga dengan kelahiran puteri sulong yang bernama Zainab An-Nabawiyyah.Dengan kelahiran cahaya mata yang baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Ustaz Muhd Bazli Zakaria. “Bersatu Berkebajikan” “Kita PMRAM” Muhammad Salihin Abdullah Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2012/2013

TINTA JUMAAT (NASIHAT BUAT HATI YANG GHAFLAH)

Imej
        Dalam hadis Nabi Muhammad Sallallahualaihi wassallam telah bersabda bahawa di dalam diri manusia ini mempunyai segumpal darah yang mana gumpalan darah ini apabila ianya baik maka baiklah segala luarannya dan apabila buruk maka begitu jugalah yang keluar dari dalamannya.             Persoalannya sekarang sejauhmana rasa tanggungjawab kita terhadap perkara ini.selalu kita menyebut tentang         Thaharah yang menjadi penerimaan sah di dalam sesuatu ibadah, tetapi kita jarang memikirkan tentang Thaharah yang menjadi syarat penerimaan kita sebagai hamba.               Hari ini manusia sibuk membetulkan keadaan bentuk fizikalnya untuk dilihat dan untuk dipuji oleh  orang ramai.Yang hodoh dan buruk menghabiskan wang berjuta-juta untuk memperelokkan keadaan wajah dan bentuk tubuh badannya,yang kurang pandai sanggup berhutang unt...