GRANDS’13 BKASM MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN
KAHERAH,
19 Feb 2013 – Grand’s atau nama lainnya “Gathering Together
With Selangorians 2013” adalah satu nama bagi Sambutan Hari Keluarga khas untuk
anak-anak Selangor Ikhwah di perlembahan Nil ini yang telah diadakan selama
tiga hari iaitu pada 16, 17 dan 18 Febuari 2013.
Sambutan Hari Keluarga pada kali ini amat menggalakkan
berbanding tahun-tahun yang lepas dengan pendaftaran peserta seramai lebih
kurang 150 orang dari Kaherah dan wakil Muhafazoh. Untuk pengetahuan semua, ini
adalah julung-julung kalinya Hari Keluarga dilaksanakan di Ain Sukhna, iaitu di
sebuah kawasan pantai Meditrranean yang terletak kira-kira 100 Kilometer
daripada Kaherah. Tempat tersebut juga merupakan antara penarik kepada ahli
untuk menyertai Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini.
Program dimulakan pada malam hari pertama dengan diskusi
kitab yang bertajuk “Taakhi Baina al-Muslimin” karangan Doktor Ragib al-Sarjani
yang dipimpin oleh saudara Mohd Qutaibah b. Mohamed, merupakan Badan Pengurus
PMRAM sesi 2012. Kemudian, program diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan
diakhiri dengan makan malam.
Hari kedua program diadakan di Ain Sukhna. Program
dimulakan dengan Majlis Perasmian Grands’13 yang juga dirasmikan oleh saudara
Abdul Naafiq Taqiuddin b. Mohd Roslan selaku wakil BP PMRAM yang hadir dan beliau
juga merupakan ahli BKASM. Antara aktivit-aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang berada di sana ialah sukaneka pada waktu pagi hingga tengah hari.
Kemudian acara diteruskan dengan makan tengah hari berlaukkan ayam BBQ dan bersolat secara berjama’ah jama’ taqdim dan
diakhiri dengan ‘Ice Breaking’ setiap kumpulan. Setelah itu, semua peserta
pulang ke Kaherah pada jam 4.20 petang.
Hari terakhir Sambutan Hari Keluarga tersebut dilakukan
di Dataran Hayyu Asyir. Acara dimulakan dengan Senamrobik. Kemudian diteruskan
dengan Bola Tampar untuk acara Outdoor. Setelah tamatnya Bola Tampar, acara
diteruskan lagi dengan Futsal dan dimulakan serentak dengan acara Indoor, iaitu
FIFA 13, PES 13, Chess, Sahiba, Carrom dan Ping-Pong yang dilakukan di Musolla
dan Lobby Asrama Rumah Selangor.
Pada malamnya, program diteruskan dengan ‘Malam
Kebudayaan’ dengan persembahan setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah
ditugaskan dengan tugasan masing-masing. Ada yang bernasyid, berlakon,
Pentomen, Dikir barat dan sebagainya yang juga bertempat di Musolla Asrama
Rumah Selangor. Acara tersebut cukup meriah dan lucu dengan gelagat dan
persembahan setiap kumpulan.
Manakala Majlis Penutupan GRANDS’13 telah diadakan pada
21 Febuari 2013 di Musolla Asrama Rumah Selangor, iaitu tiga hari selepas
berakhirnya Sambutan Hari Keluarga. Majlis Penutupan tersebut dimeriahkan
dengan gabungan Hari Keluarga Selangor disebelah Akhwat dan Majlis Wida’ untuk
Ustaz Mohd Faryzan b. Subkhi dan sekeluarga yang merupakan mantan Pegawai HEP
Selangor. Beliau telah berkhidmat selama dua tahun sejak penghujung 2010
sehingga awal 2013. Jasa beliau amat kami hargai dan sanjungi serta semoga
Allah membalas segala usaha beliau selama berkhidmat di bumi Mesir ini.
"STAND TOGETHER UNITE FOREVER"
"KITA PMRAM".
Disediakan Oleh :
Abdul Basit bin Ruslim
Setiausaha GRAND'S 13
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 12/13
Ulasan
Catat Ulasan