SMILE’13:KEMBARA SYITA’ DAMIETTA
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah ke bumi Dumyat berkesinambungan daripada hari keluarga siswi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir , Simulasi Ukhuwwah Siswi (SMILE ’13) pada 20hb Februari 2013 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1434H.
Seramai 143 orang siswi dan 7 orang barisan musyrif dari kalangan mutazawwijin dan musyrif dari Dumyat bersama menjayakan Kembara Syita’ Damietta ’13. Pendaftaran dibuka kepada peserta di maktabah dan seterusnya dibahagikan untuk tempat duduk di bas berdasarkan senarai kumpulan yang telah ditetapkan.Permusafiran ke bumi Dumyat dimulakan dengan solat sunat musafir dan solat sunat hajat. Perjalanan ke Dumyat bermula pada pukul 2.15 pagi dari Hayyu Asyir, Kaherah dan dimulakan dengan bacaan doa oleh musyrif didalam setiap bas dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk tiba di Dumyat Jadid untuk menunaikan solat fardhu Subuh.
Selepas menunaikan solat fadhu Subuh, para peserta bersarapan di dalam bas sementara menuju ke Pantai Kerang untuk meneruskan aktiviti Kembara Syita’ Damietta ’13. Setelah tiba di Pantai Kerang,mahasisiwi intelektual diberikan sedikit taklimat tentang tentatif dan dibahagikan mengikut kumpulan sepertimana SMILE ’13 seterusnya mendengar kalam dari Yang Dipertua II , Ustazah Siti Aisyah bt Ismail. Aktiviti diteruskan dengan senamrobik seterusnya siswi diberi peluang untuk mengutip kerang dan melakukan aktiviti bebas. Sebahagian siswi membakar ayam BBQ untuk santapan tengahari buat seluruh peserta Kembara Syita Damietta ’13.
Tepat jam 12.00 tengahari peserta Kembara Syita’ Damietta meneruskan jaulah ke Masjid Amru al- Asr dan menziarahi makam seorang ulama yang merupakan salah seorang dari tiga Muhajirin yang berhijrah ke Mesir. Masjid Amru al-Asr ini merupakan masjid yang pertama di Mesir menurut penjaga masjid tersebut.Struktur binaannya sama seperti Masjid Amru al-Asr di Kaherah.Para peserta menunaikan solat Jama’ Taqdim Zohor & Asar di masjid ini.
Perjalanan diteruskan lagi ke tempat pembinaan kapal yang terdapat di bumi Dumyat. Terdapat rangka-rangka kapal yang masih di dalam proses pembinaan yang mana sebahagian besar menggunakan tenaga manusia dan sangat menarik perhatian para peserta Kembara Syita’ Damietta ’13. Seterusnya menuju ke destinasi yang dinanti oleh setiap peserta iaitu Ro’sul Bahr yang mana terdapat pertemuan antara Laut Mediterrinian dan Sungai Nil yang tidak bercampur air dan isinya yang membuktikan kekuasaan penciptaan Allah Taala.Ro’sul Bahr ini juga mengisahkan tentang pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir .
Peserta menunaikan Solat Jama’ Taqdim Maghrib dan Isya di Ro’sul Bahr.Tepat jam 8.00 malam peserta Kembara Syita’ Damietta memulakan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat tiba di Kaherah tepat jam 12.00 malam.
Pihak pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh siswi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir yang menyertai Kembara Syita’ Damietta ‘13 diatas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan jaulah tahunan kali ini.Semoga objektif untuk merapatkan ukhuwwah di antara kita tercapai.
Disediakan oleh:
Hanis Madihah bt Meor Hamdan
Pengarah,
Kembara Syita’ Damietta ‘13
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan