TINTA JUMAAT (UBATILAH HATIMU)
Bagi mendapatkan
air yang bersih,gelas itu perlu dibasuh terlebih dahulu,kemudian isilah dengan
air.Pasti hasilnya air itu jernih.Begitu juga dengan hati kita,apabila sudah
bercampur dengan penyakit dan dosa,jika hendak terus mengamalkan kebaikan,amat
sukar untuk hati itu untuk menerimanya dalam keadaan ianya masih sakit.Hakikatnya,cucilah
hati itu dan ubatilah ia,pasti ia akan memantulkan sinar iman dan biasan taqwa
yang luar biasa.
Mafhum hadith
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ingatlah
sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging,jika ia baik maka baiklah
seluruh tubuhnya,dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.Ingatlah
ianya adalah hati”
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Ubat hati itu ada
lima perkara.
Baca al-Qur’an dan Hayati Maknanya
Firman ALLAH s.w.t:
“Dan bacalah
al-Quran itu dengan perlahan-lahan.”
Solat Malam
Hadith Rasulullah
s.a.w:
“Puasa yang paling utama setelah puasa
Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan
solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim
Puasa
Firman ALLAH s.w.t:
“Maksudnya: "Wahai
orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu
diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit
atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan
hari-hari lain." (al-baqarah:183)
Zikir
Firman ALLAH s.w.t:
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementar
hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA kepada mereka,bertambah (kuat)
imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (al-anfal:2)
Berkumpul dengan orang-orang soleh
Mafhum hadith Rasulullah s.a.w:
““Seseorang tergantung agama teman dekatnya, maka hendaknya kalian
memerhatikan siapakah teman dekatnya.” (HR. Ahmad).
Justeru,marilah
sama-sama kita memperbaiki keadaan hati kita.Urusan hati merupakan urusan
antara kita dengan ALLAH.Kalam saidina Ali Radhiallahu anh:
“Sesiapa yang
memperbaiki urusan akhiratnya,nescaya ALLAH s.w.t akan memperbaiki urusan dunianya.”
Wallahua’lam
‘GENERASI RABBANI PELAPIS TARBAWI TRANSFORMASI
UMMAH BERKUALITI’
‘KITA PMRAM’
Nukilan :
Ustaz Asraf Bin Alias
Ketua Lajnah Ekonomi
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM 12/13)
Ulasan
Catat Ulasan