Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

WARKAH TARBIAH (Pemuda Kebanggaan Islam)

Para pemuda ibarat ruh dalam setiap tubuh komuniti ataupun kelompok, baik ia dalam skop kecil ataupun luas seperti negara. Mereka merupakan jentera penggerak kemajuan sesebuah negara. Sebagai generasi penerus, kaum muda selalu dituntut untuk meningkatkan kualiti di pelbagai dimensi kehidupan. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda (mafhumnya),   "Aku didokong oleh para pemuda sementara Aku sering dicanggah oleh orang-orang tua."   - Riwayat Bukhari Ungkapan Baginda S.A.W jelas mengiktiraf fungsi pemuda dalam mendokong perjuangan yang diasaskan oleh Baginda S.A.W. Pemuda yang dimaksudkan pastinya pemuda yang beriman, bertaqwa dan berjihad untuk menegakkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah Taala. Pemuda yang mewaqafkan diri dan bersedia untuk mengorbankan segala kepentingan diri dan duniawi demi memastikan syariat dan sunnah berjaya didaulatkan di atas tanahair kita khasnya dan di atas muka bumi ini amnya. Pemuda yang berjiwa besar, mampu dan sanggup menggalas beban...

Najah imtihan wasilah redha Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم   الحمد لله رب العالمين , نحمدك اللهم أنت فاعل المختار لكل مفعول من الكائنات والآثار ونصلي ونسلم على سيدنا محمد وهو مصدر الفضائل وعلى آله ومن نحا من نحوه من الأواخر والأوائل أما بعد    Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana kita dianugerahkan nikmat menuntut ilmu di bumi Mesir ini.Perjuangan menuntut ilmu bukan sekadar dalam medan peperiksaan namun lebih besar daripada itu. Kita sebagai Azhari dan Azhariah memikul pundak tanggungjawab ilmu yang sangat besar untuk dicurahkan di bumi Malaysia kelak.Oleh itu,keprihatinan kita terhadap ilmu perlu dititikberatkan.Bukan sahaja menuntut dan memahami ilmu bahkan menyampaikan dan mengamalkan ilmu tersebut. Walaupun peperiksaan di Al-Azhar bukanlah satu hadaf utama dalam menimba ilmu namun dengan peperiksaan inilah menjadi kayu pengukur pandangan masyarakat negara kita terhadap penimba ilmu di Mesir ini.Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa memastikan usaha keras,doa dan t...

TINTA JUMAAT (Ada Apa dengan REJAB?)

Imej
Allah S.W.T berfirman : 1. “Bulan haram dengan bulan haram, dan pada (terhadap) sesuatu yang patut dihormati” (Al-Baqarah: 194) 2. “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada 4 bulan haram” (At-Taubah: 36) Kenapa BULAN HARAM?  Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama,  Dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu. Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu. Kedua, Dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu. Nah,REJAB ada ini!          27 Rejab      ...

WARKAH TARBIAH (Mengurus keluhan menjadi syukur dan ikhlas)

Imej
       Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.        Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan ...

TINTA JUMAAT (Rejab Dihayati Ramadhan Dinanti)

Imej
Bulan Rejab merupakan bulan ke tujuh dalam penanggalan Islam (Hijriah). Pada bulan ini terdapat peristiwa yang sangat agung dan suci yakni Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Di mana peristiwa suci itu merupakan awal dari perintah Allah kepada umat Muhammad SAW  untuk menjalankan perintah solat lima waktu diyakini terjadi pada 27 Rejab 1434H ini. Dalam kepercayaan Umat Islam, dikenal empat bulan haram (suci) satu diantaranya Rejab, dimana secara berurutan adalah Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu bulan yang tersendiri,  Rejab.dinamakan bulan suci  kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang mengadakan peperangan. اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ ( Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan ) Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi) Khasiat dan kaifiatnya apabila mem...

WARKAH TARBIAH (Jangan Merajuk Wahai Pejuang Agama Allah)

Imej
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai muharrik. Mereka yang berada di dalam kategori tersebut mesti lebih lagi menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa. Begitupun hal itu pasti tidak akan dapat dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak n...

TINTA JUMAAT (HALATUJU : HARAPAN MAHASISWA)

Nukilan ini ingin mengupas 2 perkara semasa kita. Pendirian dan keinginan yang jitu serta jelas perlu digarap bersama dengan tindakan yang menghasilkan impak maksima. Apakah yang ingin diutarakan ? 1.         Halatuju : harapan mahasiswa pada imtihan kali ini. Adakah gaya yang sama, tingkat yang sama atau kita mahu pergi lebih tinggi lagi dengan waktu yang ada. Tidakkah kita tahu Islam menuntut sebegitu pada umatnya. Mengapa kita perlu jadi yang terbaik? Kalaulah kita inginkan Islam itu bersinar dinegara kita, maka pada imtihan inilah perlu kita buktikan tahap pencapaian, kefahaman, dan pencernaan ilmu kita. Isi pertama diatas perlu difikirkan dalam-dalam bukan sekadar literal ayat  sahaja kerana kita dipanggil DAIE, HAMBA ALLAH, dan KHALIFAH dimuka bumi ini. 2.        Halatuju ; harapan mahasiswa. Setujukah anda kalau saya mengutarakan yang kita mahu perubahan yang lebih baik pada Negara kita. Berk...