TINTA JUMAAT (HALATUJU : HARAPAN MAHASISWA)
Nukilan ini ingin mengupas 2 perkara semasa
kita. Pendirian dan keinginan yang jitu serta jelas perlu digarap bersama
dengan tindakan yang menghasilkan impak maksima.
Apakah yang ingin diutarakan ?
1.
Halatuju : harapan mahasiswa pada imtihan kali
ini. Adakah gaya yang sama, tingkat yang sama atau kita mahu pergi lebih tinggi
lagi dengan waktu yang ada. Tidakkah kita tahu Islam menuntut sebegitu pada
umatnya. Mengapa kita perlu jadi yang terbaik? Kalaulah kita inginkan Islam itu
bersinar dinegara kita, maka pada imtihan inilah perlu kita buktikan tahap
pencapaian, kefahaman, dan pencernaan ilmu kita.
Isi pertama diatas perlu difikirkan
dalam-dalam bukan sekadar literal ayat
sahaja kerana kita dipanggil DAIE, HAMBA ALLAH, dan KHALIFAH dimuka bumi
ini.
2.
Halatuju ;
harapan mahasiswa. Setujukah anda kalau saya mengutarakan yang kita mahu
perubahan yang lebih baik pada Negara kita. Berkait dengan point yang pertama, “inginkan Islam
bersinar di Negara kita”. Perlu kepada kita menggerakkan ruang peluang yang ada
supaya cita-cita ini dapat digapai. Kalau hanya bercakap belakang tanpa tindakan, maka ianya tidak mendatangkan
hasil. Lebih malang sekiranya kita mendiam seribu bahasa. Kenapa kita perlu
takut sedangkan itu perkara yang benar.
Jadi, kita perlu mempromosikan Islam itu
perlu ditegakkan bagi menjamin masa depan ummah. Selain itu qiamullail, berdoa
dan dakwah fardiah samada melalui telefon, laman internet dan sebagainya supaya
kita dapat nikmat perubahan yang lebih baik.
Akhirnya peluang yang terbaik ini WAJIB(
selari dengan tuntutan dalam surah Al-Ikhlas) dimanfaatkan.
"GENERASI RABBANI , PELAPIS TARBAWI , TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI"
"KITA PMRAM"
NUKILAN:
USTAZ ABDULLAH SHAHRUL BIN ROSLI
AHLI LEMBAGA PENASIHAT BKASM SESI 12/13
Ulasan
Catat Ulasan