Bengkel Penulisan Menjayakan Misi 'Mujahid Profesional,Mujahidah Intelektual'

Mujahidah Intelektual’.Antara tujuan bengkel tersebut
diadakan adalah untuk menjayakan usul PMRAM yang telah disepakati pada muktamar
PMRAM kali ke 80 iaitu ‘Meningkatkan prestasi mahasiswa/wi Mesir melalui
pemantapan akademik dan bahasa Arab serta pemerkasaan kemahiran.”
Seramai 50
orang peserta telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada 31 orang akhawat
dan 19 orang ikhwah.Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran
peserta dan sedikit ucapan pembukaan oleh Ustaz Muhammad Farhan Bin
Ajiyan,Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan.
Panel
pengisi yang hebat iaitu al-Fadhil Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi memulakan
slotnya yang pertama iaitu ‘Sinergi Penulisan Dalam Dakwah’ selama sejam
setengah kemudian diikuti dengan slot kedua iaitu ‘Aku Seorang Penulis’.Para
peserta bukan sahaja menerima teori bengkel penulisan,malah kemahiran mereka
juga diuji secara praktikal ketika slot latihan dalam kumpulan.
Pihak
penganjur berharap agar bengkel penulisan ini dapat memberi manfaat yang besar
kepada para peserta khususnya dalam menjayakan usul PMRAM dan pembawaan BKASM sesi ini iaitu untuk
melahirkan ‘Mujahid Profesional,Mujahidah Intelektual’.
Disediakan
Oleh:
Siti
Nurliana Zainudin
Timbalan
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM
2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan