Jana Kemahiran melalui Kelas Khat Berkomputer (Kufi Murabba')
KAHERAH,
28 Julai 2013 – Lajnah Kesenian dan Sukan , Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2012/2013 telah menganjurkan kelas khat berkomputer demi
menjayakan pembawaan BKASM di bawah tajuk ‘Mujahid Profesional Mujahidah
Intelektual’.
Kelas ini bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 1tengah
hari dan ia telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kemahiran iaitu Saudara Aimi Akmal
bin Zaini. Kelas ini menampilkan pengisi
yang hebat dalam bidang khat berkomputer ini iaitu Saudara Ahmad Jurjani bin
Hishamuddin yang merupakan ahli PMRAM Cawangan Selangor dan bergiat aktif juga di PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan
Kelas
ini dihadiri oleh lapan orang peserta ikhwah dan dua puluh orang peserta
akhawat.Kelas ini bukan sahaja membentangkan teori mengenai khat kufi malah setiap
peserta diminta membawa komputer masing-masing untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Sepanjang pengisian, peserta diberi dua set
kertas kerja daripada pengisi. Pengisi juga menunjukkan bagaimana cara-cara untuk menghasilkan khat kufi murabba’ dan
jenis-jenis khat yang terdapat di dalam ilmu penulisan khat.
Pihak
penganjur mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Jurjani
Bin Hishamudin kerana telah membantu menjayakan pembawaan BKASM ini,dengan
berkongsi ilmunya kepada peserta yang hadir.Semoga ilmu yang telah dikongsi kepada
peserta dapat disebarluaskan,dengan ini kita dapat melahirkan pelapis generasi
akan datang ,sesuai dengan pembawaan BKASM yang bertemakan ‘Generasi Rabbani
Pelapis Tarbawi Transformasi Ummah
Berkualiti’.
Sekian
terima kasih,
Disediakan
oleh,
NAZATUL AININ
SHAHILA BINTI MOHD RAMLI,
Timb.Ketua Unit
Kemahiran,
Lajnah Kesenian
dan Sukan.
BKASM 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan