Pembentangan Kitab "as-Sohwah al-Islamiah Bainal Amal Wal Mahazir"


27 JULAI 2013|SABTU, KAHERAH – Lajnah Dakwah dan Tarbiah,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 dengan kerjasama Ihya Tarbawi Ramadhan  (IHTIRAM’13) telah mengadakan sebuah pembentangan Kitab yang bertajuk ‘Sohwah Islamiah Bainal Amal Wal Mahazir’.Pembentangan tersebut telah dibentangkan oleh  Ustaz Mohd Saifullah Abu Bakar iaitu penasihat BKASM sesi 12/13  bertempat  di Musolla Darul Ehsan, Hayyu A’syir.

 Pembentangan kitab ini dibentang sejurus selepas solat isya’ dan solat tarawih secara berjemaah dan ia berlangsung selama satu jam. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah mengajar kita berfikir bagaimana untuk membangkitkan jiwa yang lesu kepada jiwa yang segar dalam sebuah kebangkitan Islam. Selain itu, memberi kefahaman yang jelas kepada kita untuk memperanankan diri dalam membawa dan memegang Islam itu sendiri . Disamping itu juga, memberi kesedaran kepada ahli tentang makna kebangkitan sebenar yang dimahukan oleh Islam.

                Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis. Kehadiran pada kali ini melibatkan ahli asrama PMRAM cawangan Selangor sahaja, manakala ahli yang lain tidak dapat turut serta kerana faktor keselamatan yang melanda Mesir ketika ini. Pelbagai input bermanfaat dan berguna  telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Saifullah Abu Bakar. Antaranya ialah,pengakuan seorang sejarawan barat yang mengatakan bahawasanya ada dua jenis perang yang membahayakan umat islam iaitu perang fizikal dan serangan pemikiran.Namun secara tidak kita sedari serangan pemikiran adalah lebih membahayakan dan memberi kesan buruk terhadap umat Islam.

Selain itu, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengarang di dalam kitabnya berkaitan harapannya agar umat islam dapat memegang tampuk kepimpinan sekiranya bercita-cita ingin membebaskan Al-Aqsa. Disamping itu, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga turut menegur umat islam kini yang lebih banyak berkata-kata, berbanding bertindak membuat perubahan. Pembentang berharap agar kita dapat mengambil perhatian selaku umat Islam agar tidak terpedaya dengan serangan musuh yang sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan umat Islam.

                Majlis diakhiri dengan sebuah tayangan video khas daripada Lajnah Penerangan dan Penerbitan 2012/2013 dengan kerjasama IHTIRAM ‘13. Sehubungan dengan itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ilmu ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu daripada apa yang telah disampaikan oleh pengisi.

Yang menjalankan tugas,
NURUL FADIELA BINTI AHMAD
Timbalan Setiausaha,
IHTIRAM’13      

BKASM 2012/2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG