RIBAT UKHUWAH:MAJLIS IFTOR BAKAL MAHASISWA SERIBU MENARA
Sabtu
| 27 Julai 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013
dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) telah menganjurkan satu
majlis berbuka puasa bersama bakal mahasiswa/wi baru yang akan ke Mesir. Majlis
ini telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertempat
di Shah Alam. Majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan
penyertaan seramai 128 orang yang terdiri daripada 73 orang ikhwah dan
55 orang akhawat. Bukan itu sahaja,malah majlis berbuka puasa ini juga
turut disertai oleh ibubapa mereka.
Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir sentiasa memandang berat terhadap kebajikan para pelajar
Selangor khususnya di Mesir. Justeru itu, majlis berbuka puasa ini adalah
merupakan salah satu bentuk kebajikan awal yang diberikan kepada bakal
mahasiswa/wi baru. Antara objektif majlis berbuka puasa ini diadakan adalah
untuk memberikan gambaran serta pendedahan awal kepada bakal mahasiswa/wi
tentang kehidupan di Mesir. Selain itu, majlis tersebut bertujuan untuk
merapatkan hubungan sillaturrahim antara mahasiswa/wi Mesir dan bakal
mahasiswa/wi baru.
Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari
dengan pendaftaran peserta. Kemudian, diteruskan dengan ucapan Yang Berhormat Dr. Halimah binti Ali selaku Exco Pendidikan
Pengajian Tinggi & Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor,
sekaligus merasmikan program “Majlis Iftor Bakal Mahasiswa Seribu Menara”. Majlis
diteruskan dengan sesi dialog bersama wakil Lembaga Zakat Selangor yang juga
merupakan mantan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir iaitu Ustaz Mohd Faryzan
bin Subkhi, wakil daripada ILMAM Ustaz Mohd Farhan bin Mazlan dan wakil daripada
BKASM iaitu Ustaz Abd Mun’im bin Abd Sukor selaku Yang Dipertua BKASM sesi
2012/2013.
Slot motivasi bersama bakal
mahasiswa/wi dikendalikan oleh Prof Madya Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri (Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan beliau juga merupakan salah
seorang ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Beliau mengucapkan tahniah kepada
bakal mahasiswa/wi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke timur tengah serta memberikan
kalam taujihat berupa kata-kata semangat supaya mereka meneguhkan
pendirian untuk menuntut ilmu di Mesir.
Seterusnya, bakal mahasiswa/wi
dibahagikan mengikut bidang pelajaran masing-masing ketika slot ‘Halaqah Mahabbah’.
Mereka diberi pendedahan mengenai subjek-subjek kuliah serta sedikit penerangan
mengenai keadaan pembelajaran di kuliah oleh mahasiswa/wi yang lebih
berpengalaman. Seterusnya mereka diberi Kursus Intensif bersama Ustaz Mohamad Norhan
bin Hamsi (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad )
. Majlis tamat sekitar jam 7.00 petang dengan majlis berbuka puasa.
Disediakan
oleh,
(NURAISHAH
BINTI ZAINUDDIN)
Timbalan
Setiausaha,
Majlis
Iftor Bakal Mahasiswa Seribu Menara,
BKASM
sesi 2012/2013.
Ulasan
Catat Ulasan