Fitrah'13 Raikan Syawal:Mahasiswa Dan Mahasiswi Selangor Di Perlembahan Nil


7 0G0S – 10 OGOS 2013, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013  telah menganjurkan sebuah program raya yang diberi nama FESTIVAL TARBIAH RAYA HIJRIAH (FITRAH ’13) yang bertempat di rumah Selangor, Hayyu Asyir , Kaherah.Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 8 Ogos sehingga 10 Ogos.Antara objektif program ini adalah untuk menyambut kedatangan Syawal yang mulia sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam. Selain itu, untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli di semua peringkat secara berjemaah.Seterusnya menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan ruhaniah rentetan daripada penghayatan di bulan Ramadan.

         Program ini dirasmikan oleh Pegawai HEP Selangor iaitu Ustaz Mohd Farid bin Zainal pada malam raya 7 Ogos dan disertakan dengan gimik perasmian.Program ini bertemakan “ Aidilfitri Dirai , Mahabbah Dilestari ”.Seterusnya, pada pagi 1 Syawal bertarikh 8 Ogos seluruh anak-anak Selangor di Perlembahan Nil telah menunaikan solat hari raya beramai-ramai bersama warga tempatan Mesir di Suq Sayyarat berhampiran dengan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Asyir.

        Perkhidmatan bas turut disediakan seawal jam 6 pagi untuk menunaikan solat hari raya bersama pelajar-pelajar Malaysia di Masjid Musa An -Nusair yang saban tahun diadakan oleh persatuan induk pelajar Malaysia di Mesir,PMRAM. FITRAH’13  diteruskan dengan rumah terbuka BKASM kerjasama Pejabat HEP Selangor yang telah dihadiri oleh ramai tetamu vvip, vip dan ahli BKASM yang berada di Kaherah mahupun muhafazah. Konsep  yang dibawakan dalam program  ini adalah ukhuwah dan telah berjaya mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama muslim di lebaran ini.

            Pada hari raya kedua bertarikh 9 Ogos telah diadakan aktiviti indoor raya iaitu aktiviti RiangRia Raya. Aktiviti ini dibahagikan mengikut kumpulan usrah hasil gabungan usrah junior dan senior.Aktiviti bagi ikhwah bermula seawal 6.30 pagi yang diadakan di dataran Hayyu Asyir antaranya streaching,futsal zapin,dodge ball raya,anyaman ketupat,pakaian berhias,teka kuih raya dan tarik tali dan tamat sekitar jam 10.30 pagi. Manakala aktiviti bagi akhawat yang diadakan di Sutuh Selangor Darul Ehsan bermula pada jam 9 pagi antaranya talk show Santai Aidilfitri yang disampaikan oleh 2 orang HEWI PMRAM iaitu Ustazah Siti Sarah bt Bushari selaku Timbalan Pengerusi Hewi 2013 dan Ustazah Intan Soraya bt Hashim selaku Setiausaha HEWI.Aktiviti santai turut diadakan iaitu draw or lose,anyaman ketupat,which one,jahitan manik,gubahan pulut dan lomba muzikal raya dan berakhir pada pukul 2.30 petang.

Pada hari raya ketiga bertarikh 10 Ogos,aktiviti hanya dijalankan di sebelah ikhwah sahaja iaitu rumah terbuka KORUS yang berpusat di rumah Ustaz Wan Mohd Zaim. Program diteruskan lagi pada malam tersebut  dengan Majlis Penutupan FITRAH ’13 yang dinamakan‘ Malam Simfoni Raya ’ bertempat  di Musolla Selangor Darul Ehsan. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis,ucapan TYDP 1,Ustaz Fikhry Hakim,ucapan BP angkat Selangor,Ustaz Syazwan bin Hamzah dan seterusnya ucapan Pegawai HEP Selangor Ustaz Mohd Farid bin Zainal sekaligus merasmikan penutupan FITRAH ’13.

Antara yang menarik pada majlis penutupan ialah persembahan nasyid daripada AJKT  ikhwah bersama pegawai HEP Selangor,persembahan pentomen daripada ahli Buu’th dan persembahan nasyid daripada kumpulan Sufi’s rhythm. Dan seterusnya, diadakan Grand Celebration of Birthday di bawah kelolaan Lajnah Sambutan Dan Rehlah bagi sambutan hari lahir ahli BKASM.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut hadir dalam menjayakan dan memeriahkan program ini.Harapan penganjur,moga dengan berakhirnya program ini,kita semua dapat sama-sama dalam meribat ukhuwah dan mengeratkan lagi silaturrahim di setiap lapisan dan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“ Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan ”
“ Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran ”

Disediakan oleh,

( NUR FARRAH AIN BINTI ZAIDI )
Timbalan Setiausaha,
FITRAH ‘ 13

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2012/2013.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG