Kebajikan BKASM:Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran rumah

19 Disember 2013-MUNIERA,KAHERAH.Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah menziarahi 5 orang pelajar Universiti Kaherah Tahun 6 yang mengalami musibah kebakaran rumah.Dua orang daripada mereka adalah Saudari Amal Hanani binti Abdul Halim dan Saudari Anisah Shamilah Mohd Salleh merupakan pelajar tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor manakala selebihnya merupakan pelajar tajaan MARA dan JPA.

Punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang berlaku di bilik Saudari Amal Hanani dan mengakibatkan kerugian dalam jumlah yang besar sekitar LE15000 termasuk barangan peribadi antaranya komputer riba,buku pelajaran,kad bank dan lain-lain.

Pihak BKASM dan Pejabat HEP Selangor Mesir telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada dua pelajar tersebut bagi meringankan sedikit bebanan mereka.Pihak BKASM turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada 5 orang pelajar Perubatan Sains Kesihatan yang terlibat di atas musibah yang menimpa mereka.

Disediakan Oleh:
Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan

BKASM sesi 2012/2013






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG