Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Tinta Jumaat Edisi ke-36:KESATUAN TUNGGAK KEKUATAN ORGANISASI

Imej
Bismillahiwalhamdulillah . Segalapuji-pujian di rafa’ kan hanya kepada Allah SWT seterusnya selawat serta salam buat junjungan kekasihNya penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad SAW,para ahlul bait,sahabat baginda,tabi’in,tabi’ tabi’in,seterusnya sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Firman ALLAH SWT: وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  (Surah At Taubah : Ayat 71...

Muhadharah Ammah : Menyemai Cinta kepada Rasulullah SAW

Imej
SABTU, 18 JANUARI 2014-   Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2012/2013 telah mengadakan muhadharah ‘ammah yang bertajuk الخصائص الكبرى على خير الأنام       bertempat di Musolla Darul Ehsan, Imarah Asrama Selangor, Hayyu Asyir. Muhadharah ini merupakan satu inisiatif dari Lajnah Pendidikan sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW. Antara objektif yang diketengahkan adalah untuk meningkatkan pemahaman ahli dalam menghayati ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW disamping menggalakkan ahli untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Selain itu, muhadharah ini diadakan bertujuan untuk menerapkan rasa cinta pada alim ulama’ dan majlis ilmu sekaligus meningkatkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan ahli. Muhadharah ini telah disampaikan oleh Al- Fadhil Syeikh Dr Hisyam Kamil Hamid yang mana beliau menceritakan mengenai keistimewaan Rasulullah SAW yang merupakan sebaik-baik manusia. Baginda SAW diutuskan sebagai rahma...

Tinta Jumaat Edisi ke-35 : Rabi'ul Awwal ( Semai CINTA, Tanam CITA-CITA)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Pemurah. Pena kali ini, terlalu indah, ingin mengajak sekalian i’badillah, mencintai Rasulullah, seiring terus menggapai makrifat cinta Allah, di samping bergerak melakukan amanah sebagai Khalifatullah dan mencapai cita-cita lillahitaala yang tiada sudah. Rabi’ul Awal. Bulan menyemai cinta. Bulan menanam cita-cita. Keindahan bulan Rabi’ul Awal bagaikan bebunga pagi hari yang menyinari hati-hati insan yang menanti cahaya dalam gelap kehidupan. Ungkapan ini, sama sekali memberi  maksud sebenar erti bulan Rabi’ul Awal, bulan permulaan musim bunga ,tumbuh-tumbuhan dan  buah-buahan sejak sekian lamanya bagi penduduk kota Jazirah Arab. Pastinya, bulan ini bukan sahaja memberi maksud hissi yang mengindahi pancaindera  bahkan disana pasti tersirat unsur maknawi yang membawa inspirasi sanubari. Artikel kali ini, ingin membawa para pembaca bersama-sama menikmati keindahan kedatangan bul...

Kebajikan dan Keselamatan Anak Selangor Agenda Utama

Imej
15 Jan 2014, Sayyidah Zainab: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir bersama Pejabat HEP Selangor Mesir menziarahi rumah 2 orang pelajar perubatan Selangor iaitu saudara Abdul Muhaimin b. Nazaruddin dan saudara Amir Fathi b. Adnan yang telah menjadi mangsa kes pecah rumah.  Kejadian tersebut berlaku pada 14 Jan 2014 sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengahari ketika mangsa sedang menduduki peperiksaan di Universiti Kaherah. Pihak Pejabat HEP Selangor dan BKASM juga turut membantu mangsa membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Kerugian dianggarkan bernilai sekitar le 7000. BKASM selaku badan kebajikan khususnya untuk anak-anak Selangor di Mesir sentiasa prihatin terhadap para ahli terutamanya isu kebajikan.Sedikit sumbangan telah diberikan bagi meringankan bebanan mangsa. Disediakan Oleh : Lajnah Kebajikan,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013

MAULIDUR RASUL 1435H : Rasulullah saw & Perjuangan

Imej
MAULIDUR RASUL 1435H Cinta Nabi, Saranan Al-Quran Yang Ditinggalkan Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam.Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana mencintai Rasulullah S.A.W. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung. MANHAJ AL-QURAN Di dalam surah Ali Imran, Allah Ta'ala telah menyatakan kriteria golongan-golongan yang layak bersama dengan Rasulullah S.A.W; “Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertaqwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar” (Ali Imran:146) Secara jelas Allah SWT menyatakan sifat utama pencinta-pencinta Nabi SAW seperti berikut : Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah di kalangan mer...

Tinta Jumaat Edisi ke 34 :Kesyumulan Islam

Imej
Islam adalah agama yang berisfat syumul kerana ia merangkumi aspek rohani,akidah dan wacana kehidupan yang lain.Pendek kata,para ulama’ telah mencerakinkan perspektif islam itu ke dalam berbagai bidang keidupan.Rasulullah S.A.W telah berpesan: “Agama islam ini sangat kukuh dan terokalah ia untuk mendalami ajarannya secara perlahan-lahan,lemah lembut dan bijaksana.” Asas penghayatan islam secara kafilah ataupun Syumul ini telah dirakamkan oleh ALLAH SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 208: يّا أيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ادْخُلُوْا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ “Wahai orang-orang yang beriman!masuklah agama islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu memang musuh kamu yang nyata.” Golongan-golongan yang mengikut langkah-langkah syaitan ataupun tagut ini adalah golongan yang apabila memegang tampuk pemerintahan lalu mereka ini merosakkan asas-asas k...

Kebajikan BKASM : Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah

Imej
Rabu 8 Januari 2014-Badan Kebajikan Anak Selangor mesir BKASM diwakili Ustaz Muhamad Hafiz Naim bin Raduan (Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2012/2013) dengan wakil Badan Pengurus PMRAM 2013  Ustaz Muhammad Salihin Abdullah    kerjasama pejabat HEP Selangor mesir   , telah menziarahi dan memberi sumbangan kepada saudara Mohd Zahed B M.Naser Graduan Universiti Al-azhar, Fakulti Usuluddin. Mangsa ditimpa musibah dan mangsa tercedera akibat terkena serpihan objek ketika berlaku demonstrasi di Hayyu Asyir, Madinah Nasr. Sebagai tanda keperihatinan terhadap kebajikan ahli BKASM telah memberi sumbangan kepada mangsa. BKASM mengharapkan kepada semua ahli agar sama-sama kita pertingkatkan keselamatan diri apabila berada di luar rumah dan sama-sama kita patuhi pekeliling keselamatan yang keluarkan oleh PMRAM dan KBMK. Sekian, "BERSATU BERKEBAJIKAN" "KITA PMRAM" Disediakan oleh : Ustaz Muhamad Hafiz Naim bin Raduan Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2...

Tinta Jumaat Edisi 33:Formula Kejayaan Umat Islam

Imej
"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh ALLAH dengan Islam,maka apabila kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam,nescaya kita akan dihinakan oleh ALLAH." Jadi kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kejayaan dengan Islam,maka jika kita mencari kejayaan dengan selain Islam,ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita. Pada saat kita mencari kejayaan dengan pakaian dan penampilan,bukan dengan agama,maka ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita. Pada saat kita merasa bangga dengan pelbagai kenderaan,kekayaan dan pangkat maka ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita.Kerana kita adalah umat yang telah berikan kejayaan dengan Islam,maka kalau kita mencari kemuliaan dengan selain Islam,ALLAH akan memberi kehinaan kepada kita. "Sejarah telah membuktikan kepada kita." Umat Islam tidak berjaya kerana harta yang banyak Umat Islam tidak berjaya kerana kuasa dan pangkat Umat Islam tidak berjaya kerana kecanggihan teknologi Tetapi, Umat Islam pernah ...