Tinta Jumaat Edisi ke 34 :Kesyumulan Islam


Islam adalah agama yang berisfat syumul kerana ia merangkumi aspek rohani,akidah dan wacana kehidupan yang lain.Pendek kata,para ulama’ telah mencerakinkan perspektif islam itu ke dalam berbagai bidang keidupan.Rasulullah S.A.W telah berpesan: “Agama islam ini sangat kukuh dan terokalah ia untuk mendalami ajarannya secara perlahan-lahan,lemah lembut dan bijaksana.”

Asas penghayatan islam secara kafilah ataupun Syumul ini telah dirakamkan oleh ALLAH SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 208:

يّا أيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ادْخُلُوْا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Wahai orang-orang yang beriman!masuklah agama islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu memang musuh kamu yang nyata.”

Golongan-golongan yang mengikut langkah-langkah syaitan ataupun tagut ini adalah golongan yang apabila memegang tampuk pemerintahan lalu mereka ini merosakkan asas-asas kehidupan beragama  dan melemahkan komitmen umat islam.

Bahkan golongan ini tidak boleh ditegur dan dinasihati ,malah mereka ini berterusan melakukan penyimpangan dan kezaliman terhadap umat islam kerana hati mereka ini telah tertutup rapat dengan noda dan dosa perbuatan mereka.

Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menentang golongan yang dikatakan seperti di atas?Antara langkah-langkah ialah perlunya wujud golongan yang bersedia berkorban untuk kepentingan agama dan masyarakat.Sehubungan itu,golongan ini perlu dibantu dan diperkasakan demi kebaikan umat dan negara,kerana mereka ini adalah golongan yang istiqamah berpegang teguh dengan islam yang bersifat syumul dan mereka ini melaksanakan gerak kerja islam dengan penghayatan islam yang menyeluruh.

Gerak kerja ini bertemakan kepada firman ALLAH swt di dalam surah ali-Imran ayat 103:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kalian degan agama ALLAH dan janganlah bercerai-berai  dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-mushan,lalu ALLAH mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurniaNYA kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka,lalu ALLAH menyelamatkan kamu darinya.Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”

ALLA swt mengeaskan tentang keperluan berjihad melawan penderhakaan kepada ALLAH dan kemungkaran serta kezaliman  yang dilakukan oleh golongan Taghut,ALLAH swt mengingatkan kepada kita bahawa tidak mungkin masuk syurg tanpa usaha dan jihad melawan kejahatan dan kebatilan.Kita sebagai amilin perlu besedia menanggung kegetiran hidup dan ujian yang perit dan pedi dalam memperjuangkan islam kerana ALLAH.

ALLAH swt berfirman di dalam sura al-Baqarah ayat 214:


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya -orang terdahulusebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat.”

Kesimpulannya penerimaan islam secara “kaffah” dan syumul ini suatu kemestian.Orang-orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan  oleh ALLAH dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh ALLAH mereka ini adalah pengikut syaitan.Kita berdoa kepada ALLAH swt semoga kita terhindar daripada terpengaruh dengan golongan-golongan taghut ini.

Wallahua’lam 

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"

Hasil Nukilan:
Ustaz Muhammad Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM 2012/2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG